Gol Ke-100 Indra Putra Teratas 5 Gol Tercantik Minggu 11 MSL 2019

Minggu ke-11 Liga Super Malaysia (MSL) telah pun berlangsung, bermakna pusingan pertama saingan tertinggi bola sepak negara telah selesai. Dua perlawanan diadakan pada Jumaat, empat lagi berlangsung pada Sabtu, dan pertemuan diantara dua pasukan teratas – JDT yang berkunjung ke Stadium Darul Makmur untuk berhadapan Pahang, melengkapkan enam perlawanan pada minggu ini.

15 gol telah dihasilkan sepanjang hujung minggu lalu daripada enam venue perlawanan. Tidak terkecuali, beberapa jaringan cantik turut dihasilkan. Lima daripada jaringan tersebut kami senaraikan sebagai gol tercantik minggu ini.

Pemilihan kami adalah gol yang bersih dan bukan ‘fluke’. Contohnya terbias di kaki pemain lain ataupun kerana kesilapan penjaga gol yang melepaskan bola. Jaringan daripada sepakan penalti juga tidak diambil kira. Ia juga mengambil kira bagaimana gol tersebut dihasilkan secara teknikal.

5. Kpah Sheman vs Kuala Lumpur

Empat gol telah dijaringkan oleh Kpah Sherman untuk skuad Red Ants di saingan Liga Super pada musim ini. Jaringan ini adalah gol ketiga dan kemenangan untuk pasukannya, PKNS FC.

Bermula dari serangan balas pantas ke arah kubu lawan. Kpah tenang memintas hantaran rakan sepasukan dari diselematkan penjaga gol, sebelum sepakan mudahnya ke arah gawang gagal dihalang oleh pemain pertahanan Kuala Lumpur

4. Romel Morales vs Kuala Lumpur

Hanya 20 saat untuk jaringan ini dihasilkan, menjadikan gol oleh Romel Morales antara yang terpantas pernah dihasilkan di Liga Malaysia. Jaringan terpantas yang pernah dihasilkan, masih milik Ahmad Fakri Saarani apabila memerlukan 12 saat untuk menjaringkan gol bagi pasukan Kelantan, ketika berhadapan Terengganu di saingan Liga Super 2015 menentang Terengganu.

Jaringan Morales bagaimanapun, unik dengan cara tersendiri, Berjaya mencuri bola dari kawalan pemain pertahanan lawan, beliau tidak membuang masa melarikan bola ke ruang kosong di bahagian tengah – sebelum melepaskan rembatan deras dari luar kotak penalti menuju penjuru kiri gawang Kuala Lumpur.

3. Sandro da Silva vs Kedah

Kepulangan Sandro da Silva ke Kedah kali ini sedikit berbeza. Ini kerana ia adalah kepulangan pertama pemain berstatus legenda itu ke Alor Star sebagai pemain lawan.

‘Otai masih berbiza’ mungkin ungkapan paling sesuai menggambarkan aksi dan jaringan Sandro dalam perlawanan ini. Bermula dari hantaran yang dimulakan oleh beliau sendiri di bahagian tengah serangan, Sandro tenang melakukan rembatan deras, dengan ‘placing’ tepat menewaskan Mohd Ifwat di hadapan pintu gol Kedah – setelah menerima hantaran ‘cut-back’ mengelirukan dari Azreen Zulkafali.

Gonzalo Cabrebra vs Pahang

Tidak boleh dinafikan, Gonzalo Cabrera adalah antara pemain paling konsisten sepanjang aksi Liga Super Malaysia pada musim ini. Lapan gol telah dijaringkan setakat ini – menjadikan pemain import kelahiran Argentina ini penjaring terbanyak MSL setakat ini selepas 11 perlawanan diadakan.

Jaringan menentang Pahang oleh pemain ini dianggap sebagai ‘class’ kerana ketenangan beliau. Berjaya melepasi perangkap offside, Cabrera melarikan hantaran Leandro, mengubah hadlaju kelarian untuk mengelak hadangan lawan, sebelum melepaskan rembatan rendah menewaskan Helmi Eliza.

Indra Putra Mahayuddin vs PKNS FC

Indra Putra Mahayuddin menjaringkan gol ke-100 karier beliau di saingan Liga Super Malaysia, dan menjadi pemain pertama berbuat demikian sejak saingan MSL diperkenalkan pada 2004. Dan jaringan ke-100 oleh pemain berpengalaman ini juga dilakukan dengan penuh gaya.

Memperolehi bola di hadapan kotak penalti kiri lawan, Indra mengubah arah serangan dengan kaki kiri untuk mencipta ruang buat beliau melepaskan rembatan kaki kanan yang melencong ke sudut atas gawang PKNS FC.

Rumusan

Gol jaringan Indra Putra merupakan cerita utama 5 gol tercantik pilihan Semuanya BOLA pada minggu ke-11 ini.

Buat Indra Putra, tahniah kami ucapkan. Grande!

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN