Kedah Cari 20 Marshal Berbadan Tegap Dan Tahan Maki

Jawatankuasa Tiket dan Pintu Masuk Persatuan bolasepak Kedah (KFA) sedang mencari 20 marshal berbadan tegap untuk kawalan di pintu masuk dan memantau keadaan Stadium Darul Aman bagi saingan Liga Malaysia musim 2018.

Pengerusinya, Shaharol Niza Omar berkata kepada Sinar Harian, pihaknya perlu mencari marshal yang mampu mengawal penonton dengan lebih baik terutamanya membabitkan perlawanan yang mempunyai jumlah kehadiran yang tinggi berdasarkan maklumbalas dan ‘post-mortem’ bagi musim 2017.

Menurutnya, ada marshal gagal menjalankan tugas yang diamanahkan dengan baik dan situasi tersebut akan dipantau dengan lebih teliti pada musim ini.

“Apabila ada marshal yang badan ‘sado’, penyokong mungkin akan berfikir dua kali untuk membuat sebarang kekecohan. Malah kami juga memerlukan mereka yang kental dari sudut mental iaitu ada kesabaran tinggi dalam menjalankan tugas melayan kerenah puluh ribu penyokong.

“Malah khidmat mereka juga diperlukan semasa urusan di dalam stadium bagi mengelakkan penyokong berkumpul dan berdiri di hadapan pintu masuk ke dalam stadium untuk ke ruang tempat duduk,” katanya.

Menurut Shaharol, elaun dan kemudahan lain buat semua marshal tersebut turut disediakan.

“Sehingga kini saya sudahpun menerima permohonan namun tapisan perlu dibuat terlebih dahulu kerana hanya yang betul-betul layak sahaja akan dipilih,” katanya.

Gambar kredit: Kedah FA

Musim lepas, berlaku kekecohan di kaunter jualan tiket perlawanan akhir Piala Malaysia di Stadium Darulaman selepas kira-kira 1,000 penyokong berhimpun di hadapan pintu masuk Stadium Darul Aman bagi melahirkan rasa kecewa apabila gagal mendapatkan tiket perlawanan akhir di antara Kedah menentang JDT di Stadium Shah Alam.

Difahamkan kesilapan tanggapan mengenai jumlah sebenar tiket final Piala Malaysia yang dijual di kaunter menyebabkan berlakunya kekecohan apabila tiket habis dijual tidak sampai sejam.

Kaunter tiket yang mula dibuka jam 9 pagi sudah dipenuhi oleh ribuan penyokong Kedah dan ada yang sudah bermalam sejak jam 8 malam namun ada yang pulang kecewa selepas tidak berjaya mendapatkan tiket.

Hal ini menyebabkan majoriti penyokong Kedah kecewa dengan kegagalan KFA menguruskan pembahagian tiket sehingga menyebabkan campur tangan daripada pihak Suruhanjaya Pencegah Rasuah (SPRM).

Walaubagaimanapun, SPRM mengesahkan tiadanya unsur rasuah pada penjualan tiket final Piala Malaysia 2017. Pengesahan ini sekaligus membersihkan imej pengurusan KFA dan menunjukkan tiada apa yang KFA sembunyikan daripada mana-mana pihak malah kerjasama penuh diberikan semasa siasatan SPRM dijalankan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN