Kedah Berwaspada Terhadap Ancaman Kuala Lumpur

Walaupun pasukan Kuala Lumpur kini menghuni kedudukan tercorot Liga Super selepas 4 perlawanan, namun begitu, pengendali skuad Helang Merah, Ramon Marcote memberi amaran awal kepada pemainnya agar tidak memandang mudah kepada pendatang baharu Liga Super apabila kedua-dua pasukan akan bertemu di Stadium Bolasepak Cheras malam ini..

Beliau berkata demikian kepada Berita Harian dan menyifatkan skuad warga kota itu mampu melakukan kejutan seperti mana yang berlaku pada perlawanan menentang juara liga super 2017, Johor Darul Ta’zim (JDT).

“Walaupun berada di dasar liga, jangan pandang mudah kemampuan Kuala Lumpur. Adakah kamu lupa Kuala Lumpur pernah menjinakkan JDT? Jadi, saya tidak mahu mengambil risiko, sebaliknya akan membariskan barisan terbaik dalam perlawanan itu nanti.

“Lagipun, saya tidak mahu kalah dalam perlawanan ini kerana ia boleh menyebabkan jurang mata dengan kelompok pasukan teratas bertambah besar,” katanya.

Pablo Pallares menjadi taruhan skuad Kedah untuk merobek gawang Kuala Lumpur. FOTO: KFA

Sementara itu, pemain pertahanan Kuala Lumpur, Azmeer Yusof sudah membuat ‘kerja rumah’ untuk mengkaji corak permainan Kedah dan mahu merantai pemain sayap pasukan itu, Andik Vermansah malam ini.

“Semua orang cukup masak dengan kemampuan Andik yang laju seperti lipas kudung. Saya tahu apa yang bakal dihadapi bila berhadapan dengannya kerana kami pernah ‘bersemuka’ pada final Piala Malaysia antara Kedah dan Selangor pada tahun 2016.

“Saya akui memang sukar mengekang Andik kerana dia tidak akan duduk diam, berlari sepanjang masa, sama ada bola di kakinya atau tidak yang mana boleh mengucar-ngacirkan pertahanan.

“Oleh itu, saya membuat persiapan rapi untuk berdepan Andik dengan menonton video perlawanan yang membabitkan dirinya.

“Selalunya, sebelum tidur, saya peruntukkan masa antara 30 hingga 45 minit menonton sambil mengkaji persembahan pemain itu bagi memastikan saya benar-benar dapat membaca permainannya.

“Saya bertekad merantai setiap pergerakannya serta tidak akan memberi ruang walaupun seinci kerana ia boleh membawa padah kepada kami,” kata Azmeer.

Andik Vermansyah dijangka akan turun dalam kesebelasan utama Kedah malam ini. Foto: KFA.

Selain itu Azmeer mendedahkan dia turut mendapatkan pandangan serta panduan daripada pemain senior dalam pasukan Kuala Lumpur seperti Indra Putra Mahayuddin yang sudah banyak kali berdepan Andik.

“Kelebihan Kedah adalah pemain sayapnya boleh bertukar-tukar posisi sama ada ke kiri atau ke kanan. Jadi, bukan saya sahaja sebaliknya semua pemain Kuala Lumpur perlu sentiasa berwaspada dengan ancaman barisan depan mereka,” katanya.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN