Kedah Berpeluang Tambah Derita Berterusan Buat Kelantan

Kedah Darul Aman (Kedah) memiliki peluang cukup cerah kini untuk meneruskan episod derita Kelantan pada aksi Liga Super 2023 hari ini dengan pertemuan seterusnya menentang Kelantan.

Apa tidaknya, Kelantan sebelum itu masih lagi segar dengan episod kekalahan besar berterusan mereka dengan terbaharu menjadi mangsa amukan Sabah hasil keputusan penuh 0-7.

Tampil dengan episod malang yang menimpa pasukan tersebut sejak awal musim, Kelantan kini hanya dibarisi oleh ramai pemain muda kurang berpengalaman di pentas Liga Super.

Lebih menyedihkan, pasukan tersebut juga tidak diperkuatkan oleh barisan pemain import untuk sekurangnya meringankan sedikit beban Kelantan dalam perlawanan diharungi.

Jangkaan ramai kini tentunya menganggap Kelantan sekali lagi bakal dimalukan menerusi kekalahan besar selepas lawan mereka seterusnya ialah Kedah.

Rekod pertemuan kedua pasukan tersebut sebelum ini juga memihak kepada Kedah selepas Sang Kenari unggul mengatasi Kelantan menerusi jumlah jaringan besar 5-0 di Stadium Darul Aman (SDA).

Lima jaringan Kedah ketika itu terhasil menerusi Manny Ott, Lee Tuck, Manuel Hidalgo, Willian Lira, serta Jonathan Balotelli untuk mengatasi pasukan lawan.

Walaupun status semasa Kedah kini juga tidak begitu konsisten kerana masalah dalaman dihadapi, tetapi daripada segi prestasi dan kualiti Sang Kenari jelas jauh lebih baik berbanding Kelantan.

Malah, Kedah juga kini berada dalam motivasi mereka tersendiri hasil kemenangan terakhir mereka mengatasi Negeri Sembilan menerusi keputusan penuh 3-0.

Pada perlawanan tersebut, skuad kendalian Nafuzi Zain berjaya mempamerkan corak permainan begitu menyakinkan selain ketajaman di posisi serangan kembali memberi impak sepatutnya.

Daripada segi prestasi semasa pemain, pasukan tersebut kini mungkin hadir dengan lebih bermotivasi selepas Manny Ott, Amirbek Juraboev, serta Moses Atede memainkan peranan penting bersama skuad kebangsaan masing-masing di pentas antarabangsa.

Apapun, Kelantan perlu mengelak daripada bermain secara terbuka seperti perlawanan sebelum ini untuk mengelakkan mereka terus dibolosi dengan jumlah jaringan besar seperti perlawanan terdahulu.

Atau, Kedah mungkin akan terus mencipta sejarah baharu buat pasukan tersebut yang kini berpotensi besar untuk dibolosi lebih 110 jaringan dalam aksi Liga Super 2023.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN