Kedah Akui Masih Berusaha Dapatkan Dana Untuk Lunas Segala Tunggakan Gaji

Kedah Darul Aman (Kedah) dilaporkan kini sudah pun mendapat kelulusan pembiayaan dana daripada sebuah institusi untuk tujuan pembayaran tunggakan gaji yang masih berlaku sebelum itu.

Terdahulu, Kedah menjadi antara pasukan yang sangat kritikal daripada segi masalah tunggakan gaji mereka kepada para pemain, sehingga pasukan ini diancam bakal terlepas peluang untuk beraksi dalam saingan Liga Super pada musim 2024/2025.

Walaupun begitu, menerusi laporan terkini daripada laman berkenaan, Sang Kenari dilaporkan sudah pun menerima pembiayaan dana daripada sebuah institusi untuk membayar tunggakan gaji kepada semua yang terlibat lalu.

Tetapi, dana tersebut hanya boleh ditunaikan seawal bulan April ini dan Kedah pula hanya diberikan tempoh sehingga 5 haribulan Mac 2024 sebagai tarikh akhir penyelesaian gaji tertunggak bagi tahun kewangan 2023 iaitu sebelum Mesyuarat Lembaga Pengarah (BOD) MFL pada 6 haribulan Mac 2024.

“Ahli Lembaga Pengarah sebulat suara bersetuju untuk berkongsi status terkini kelab terutamanya halatuju Kedah Darul Aman Football Club (KDA FC) dalam pentadbiran, kewangan dan perancangan musim 2024-2025.

“Tan Sri Dr. Mohd Daud Bakar, pemilik majoriti, Lembaga Pengarah dan pengurusan KDA FC mengambil tanggungjawab dengan penuh dedikasi dalam menangani isu berbangkit terutamanya aspek kelestarian kewangan dengan ketelusan dan rasa tanggungjawab.

“Pihak pengurusan KDA FC telah menerima makluman dari Pelesenan Kelab MFL First Instance Body (FIB) bahawasanya KDA FC diberikan tempoh sehingga 5 haribulan Mac 2024 sebagai tarikh akhir penyelesaian gaji tertunggak bagi tahun kewangan 2023 iaitu sebelum Mesyuarat Lembaga Pengarah (BOD) MFL pada 6 haribulan Mac 2024.

“Dalam perkembangan terkini untuk penyelesaian tunggakan gaji tersebut, pengurusan KDA FC yang diketuai Tan Sri Dr. Mohd Daud Bakar telah mendapat kelulusan pembiayaan dana dari institusi tertentu untuk tujuan penyelesaian tunggakan tersebut. Namun, dana tersebut hanya akan ditunaikan seawal bulan April.

“Rentetan dari kekangan untuk memenuhi keperluan sebelum tarikh akhir penyelesaian yang diputuskan oleh Pelesenan Kelab MFL First Instance Body (FIB), KDA FC sedang bertungkus lumus mendapatkan dana pendahuluan bagi tujuan pembayaran segera kepada semua pemain dan pegawai semua pasukan KDA FC yang bertanding dalam Liga Malaysia, serta staf pentadbiran kelab.

“Walaupun kelab bergelut dengan isu kelestarian kewangan musim lepas, pihak pengurusan tetap fokus melakukan segala persiapan pasukan-pasukan KDA FC untuk musim 2024-2025.

“Proses persiapan kini sudah mencapai tahap 85% namun segala langkah yang diatur bergantung kepada keutamaan penyelesaian tunggakan kewangan tahun 2023. Justeru, pengumuman berkenaan pasukan serta penajaan hanya akan dilakukan selepas isu utama diselesaikan,” jelas kenyataan tersebut.

Pada masa sama, Sang Kenari juga dilaporkan bakal mengadakan aksi pramusim pertama mereka pada tahun ini pada minggu hadapan menerusi laporan tersebut.

Pasukan tersebut juga mengakui sangat terbuka buat mana-mana pihak berminat untuk membantu atau memberi cadangan berguna melalui saluran betul untuk sebarang penyelesaian bagi segala permasalahan berlaku.

“KDA FC sentiasa membuka pintu kepada mana-mana pihak yang berminat untuk membantu memberikan cadangan jalan penyelesaian segera melalui saluran serta kaedah yang sesuai supaya tidak mengundang kepada tanggapan serong kepada urusan pentadbiran KDA FC.

“Segala sumbangan perlulah melalui prosedur berlandaskan urus tadbir kewangan yang betul. Cadangan amatlah dialu-alukan bagi membuka lebih banyak idea-idea baru bagi mengatasi isu kewangan semasa kelab,” jelas kenyataan tersebut akhir sekali.

Musim lalu menyaksikan Kedah antara terpalit dengan isu tunggakan gaji selain Kuala Lumpur City (KL City) dalam saingan Liga Malaysia (Liga M) dan masih belum dilunaskan sepenuhnya.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN