Kecoh Seperti Di Liga Malaysia, Tukar Logo Kelab Di Itali Turut Undang Kontroversi

Pada awal musim beberapa kelab Liga Malaysia diulit kontroversi apabila logo baharu yang diperkenalkan kelab masing-masing mendapat bantahan penyokong mereka sendiri.

Kedad Darul Aman FC misalnya, pemilihan logo asal oleh Presiden Persatuan Bola Sepak Kedah, Haji Muhammad Sanusi Md Nor mendapat bantahan kerana dikatakan buruk dan menyebabkan legasi hijau kuning hilang.

Bagi menyelesaikan masalah tersebut, pertandingan mencipta logo diadakan. Namun ia masih tidak menghalang perbalahan selepas logo yang dipilih bukan dari logo yang mendapat undian paling banyak.

Perak FC juga tidak lari dari kontroversi melibatkan logo sehingga terpaksa melibatkan campur tangan pemerintah agar pertandingan mencipta logo diadakan.

Beberapa pasukan lain turut mengalami masalah hampir sama termasuk Sri Pahang FC. Sabah FC pula paling unik kerana hanya memerlukan beberapa jam sahaja untuk mencipta dan mengesahkan pemilihan logo.

Demikianlah prihal pemilihan logo baharu di kalangan kelab Liga Malaysia yang kecoh didorong oleh penswastaan kelab bermula pada tahun ini.

Sebaliknya berlaku di Itali. Kelab-kelan di Serie A sememangnya sudah lama berdiri sendiri dan memiliki pemilik.

Segalanya berubah buat Inter Milan apabila kelab tersebut memperkenalkan logo baharu mereka sempena sambutan ulangtahun ke-113 tahun.

Kebiasaannya logo Inter Milan disulami dengan bintang emas. Logo terbaru kali ini tampil dengan rekaan agak drastik walaupun masih beridentitikan kelab San Siro itu. Namun berdasarkan reaksi penyokong di media sosial, nyata ramai yang tidak sukakan perubahan tersebut.

Logo baharu Nerazzurri mempunyai tulisan terang berwarna putih dengan latar belakang hiyam dan biru. Ia seperti logo jenama kereta Volkswagen

Ini bukan kali pertama kelab di Itali dikritik kerana melakukan perubahan terhadap logo mereka. Juventus turut pernah mengalami nasib sama apabila mengugurkan logo tradisional yang sinonim dengan mereka, sebelum memilih logo yang lebih global dan mudah dipasarkan.

 

Page Semuanya BOLA yang lama kini sedang menghadapi masalah. Jadi untuk terus membaca artikel-artikel menarik dan berkualiti, jangan lupa like dan follow page baharu Semuanya BOLA (fb.com/semuanyabolaofficial) dan siaran Telegram (t.me/mysemuanyabola).

 

Baca juga artikel kami yang lain mengenai  Inter Milan:

Serie A: Jersi Baharu, Gol Solo Martinez Kembalikan Inter Ke Tangga Ke-2

Antonio Conte: Romelu Lukaku Menyerang Seperti Pemain NFL

Punca Manchester United Tolak Permintaan Lanjutan Pinjaman Sanchez, Smalling

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN