Kecederaan Tak Halang Zhafri Yahya Untuk Cabar Tempat Kesebelasan Utama

Zhafri Yahya
Behind the scenes: Bayern's deserved victory at Bayer Leverkusen Loading official content
Behind the scenes: Bayern's deserved victory at Bayer Leverkusen
Check out behind the scenes action from FC Bayern's 2-0 away win in the second leg of UEFA Champions League Last-16 against Bayer Leverkusen.
0 seconds of 1 minute, 29 secondsVolume 0%
Press shift question mark to access a list of keyboard shortcuts
00:00
01:29
01:29
 
Teruskan Menonton
Video Seterusnya Romero, Bentancur, Kulusevski recognized after 100 Spurs appearances Mourinho: 'We all know we were the better team' Isak's Carabao Cup goals against Arsenal and Chelsea Pitchside Angle: Matías Mier’s goal vs Malut United Postecoglou: Spurs' strong response secures 3-1 victory over Alkmaar Amorim on Bruno Fernandes: 'We need to help him to win titles' Joshua Kimmich extends his Bayern contract Maresca happy for streak and confident in two players ready for the 'final sprint' Behind the scenes: PSG's magical night at Anfield Vicario: 'We face this kind of pressure every week' Bayern's new anthem – goosebumps at the Allianz Arena Lihat lebih video FC Bayern München di OneFootball

Pemain tengah Kuala Lumpur (KL) City, Zhafri Yahya mengakui masih mencari rentak prestasinya selepas pulih daripada kecederaan tumit.

Baginya, walaupun sudah melakukan penampilan sebagai pemain gantian dalam dua perlawanan menentang Kedah Darul Aman dan PDRM selepas pulih daripada kecederaan, namun kondisi dirinya masih belum di tahap terbaik.

“Sekarang saya masih mencari kecergasan untuk bermain semula dan ambil masa untuk menjadi lebih baik.

“Setiap pemain pasti akan rasa kurang keyakinan jika alami kecederaan.

“Tetapi itulah risiko sebagai seorang pemain, kita tidak boleh buat apa-apa,” ujarnya kepada MFL.

Zhafri menjelaskan bahawa tempoh rehat liga ketika ini digunakan sepenuhnya untuk dia membuat persediaan rapi bagi menghadapi aksi seterusnya menentang Negeri Sembilan di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi pada 14 Mei ini.

“Pemain yang sebelum ini mengalami kecederaan pun ramai yang sudah kembali bersama pasukan semula dan ikutkan kami sudah bersedia untuk menempuh perlawanan selepas ini.

“Sekarang ini adalah waktu untuk ‘Coach’ Bojan Hodak meletakkan pemain-pemain terbaik untuk melawan Negeri Sembilan,” katanya.

Zhafri telah melakukan lima penampilan pada musim ini, termasuk tiga sebagai pemain simpanan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN