Ini Tindakan Sir Alex Ferguson Selepas Tular Video Beliau Kutuk Solskjaer Depan Khabib

Ole Gunnar Solskjaer mendedahkan yang Sir Alex Ferguson segera menghubungi beliau untuk meminta maaf selepas tularnya video pengurus legenda Man United itu mengutuk beliau bersama Khabib.

Pada Oktober 2021 yang lalu, Manchester United turun beraksi bertemu Everton dengan kedua-dua pasukan itu sekadar terikat 1-1 dalam perlawanan tersebut.

Apa yang menariknya tentang perlawanan tersebut adalah ia merupakan antara perlawanan pertama Solskjaer dengan tiba-tiba menyingkirkan nama Cristiano Ronaldo dari kesebelasan utamanya.

Ronaldo pada ketika itu dilaporkan sangat bengang dengan keputusan Solskjaer kerana mengetepikan beliau dari senarai kesebelasan utama Man United.

Selain Ronaldo, Sir Alex Ferguson sebenarnya antara individu paling tidak gembira dengan keputusan Ole Gunnar Solskjaer.

Sir Alex Ferguson dilihat meluahkan kekecewaan beliau itu ketika berbual bersama bintang UFC, Khabib Nurmagomedov yang hadir sebagai tetamu khas.

Ferguson dikatakan memberitahu Khabib bahawa, ‘Kamu sepatutnya sentiasa mulakan dengan pemain terbaik kamu’ ketika kedua-dua mereka sedang bersembang selepas tamat perlawanan tersebut.

Video perbualan kedua-dua mereka itu tular di media sosial dan jelas sekali Solskjaer sangat terasa dengan komen dari bekas pengurusnya itu.

Solskjaer dedah Sir Alex Ferguson hubunginya untuk meminta maaf

Menurut sumber laporan dari The Athletic, Solskjaer tampil mendedahkan yang Ferguson ada hubungi beliau untuk meminta maaf selepas melihat video itu tular di media sosial.

“Itulah sekali Sir Alex pernah minta maaf kepada saya.”

Jelas pengurus dari Norway itu.

“Dia dirakam dalam satu video sedang mengatakan, ‘Kamu sepatutnya sentiasa mulakan dengan pemain terbaik kamu’ yang mana Ronaldo ketika itu berada di bangku simpanan untuk satu perlawanan itu.”

“Dia (Ferguson) hubungi saya dan minta maaf kerana dia tahu bagaimana sukarnya hal tersebut.”

Solskjaer turut mendedahkan yang beliau sebenarnya sempat menangis ketika terpaksa meninggalkan Man United selepas skuadnya dibelasah 4-1 di tangan Watford.

Walau sudah dipecat, namun harus diakui yang beliau akan tetap dikenang sebagai legenda kelab selepas melihat sumbangannya ketika masih beraksi bersama Man United.

“Saya menangis, sebagai lelaki dewasa, saya pernah dua kali menangis.”

Jelas Ole Gunnar Solksjaer.

“Kali pertama selepas testimoni saya. Dan yang kedua pada setahun setengah yang lalu, ketika saya terpaksa tinggalkan Man United.”

Manchester United kemudiannya melantik Ralf Rangnick sebagai pengurus interim kelab bagi menggantikan Ole Gunnar Solskjaer.

Pihak kelab kemudiannya melantik Erik ten Hag sebagai pengurus tetap yang baru Man United, dengan pengurus dari Belanda itu sudah berjaya membantu kelab untuk menjuarai saingan Carabao Cup musim ini.

Manchester United pada 3 Jun ini akan turun ke Wembley untuk beraksi bertemu Manchester City dalam aksi perlawanan akhir saingan Piala FA.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN