Calon Kegemaran Sir Alex Ferguson Untuk Jadi Pengurus Man Utd

Sir Alex Ferguson mahu Manchester United untuk membawa masuk pengurus Paris Saint Germain, Mauricio Pochettino sebagai pengganti Ole Gunnar Solskjaer.

Menurut laporan dari Daily Star, Pochettino masih lagi menjadi calon kegemaran Sir Alex Ferguson untuk mengurus Manchester United.

Ole Gunnar Solskjaer tidak dinafikan lagi pada ketika ini sedang melalui fasa paling sukar sepanjang kariernya sebagai seorang pengurus.

Bila-bila masa sahaja beliau boleh hilang pekerjaan dengan Man Utd sudah sememangnya sedang mempertimbangkan untuk memecat pengurus dari Norway itu.

Pengurus berusia 48 tahun itu semakin tertekan selepas anak-anak buahnya dibelasah teruk oleh Liverpool di Old Trafford hujung minggu lalu.

Manchester United pada ketika ini sudah berdepan dengan empat perlawanan tanpa mencatatkan sebarang kemenangan.

Hal itu menyebabkan pihak pimpinan kelab mula hilang kepercayaan kepada Ole Gunnar Solskjaer, dan sedang mempertimbangkan untuk memecat beliau.

https://twitter.com/snowbwhyte/status/1453292846551810051?t=Ofcz5FOS0NnYut26zK4ixQ&s=19

Mauricio Pochettino sementara itu pula pernah menikmati karier yang sungguh luar biasa menakjubkan bersama Tottenham Hotspur, walaupun gagal untuk memenangi sebarang Piala.

Pengurus Paris Saint Germain itu sudah sering dikaitkan dengan Manchester United sejak dari kariernya dalam saingan Premier League lagi, namun hal itu tidak pernah menjadi kenyataan.

Pochettino pada ketika ini masih mempunyai kontrak bersama PSG sehingga 2023, dengan beliau sedang dalam visi untuk membawa pulang kejuaraan Champions League pertama kelab.

Selepas PSG menandatangani beberapa pemain berstatus bintang mega, Pochettino bertanggungjawab untuk memanfaatkan kesemua kelebihan itu untuk memenangi kejuaraan Eropah yang paling diidamkan oleh kelab.

Tekanan beliau di Parc des Princes juga tidak kurang hebatnya dengan beliau perlu sentiasa menjaga keharmonian bilik persalinan dan memastikan kelab sentiasa mendapat keputusan yang baik.

Sir Alex Ferguson sendiri sudah lama berkenan dengan kepimpinan Pochettino, dan berharap agar kelab akan melantik pengurus dari Argentina itu seandainya mereka mahu memecat Ole Gunnar Solskjaer.

Nama Antonio Conte dan Zinedine Zidane antara yang sering disebut-sebut oleh peminat sebagai pengganti Solskjaer, dengan bekas pengurus Inter Milan itu sendiri sudah menyatakan persetujuan untuk menerima jawatan tersebut.

Manchester United masih beri kesempatan kepada Ole Gunnar Solskjaer

Walaupun tekanan yang sedang Solskjaer hadapi pada ketika ini sangat memuncak, namun Manchester United memutuskan untuk tidak memecat beliau pada ketika ini.

Pimpinan kelab memberi Solskjaer peluang untuk buktikan sesuatu dengan mereka mahu melihat perkembangan dari tiga perlawanan United selepas ini.

Ole Gunnar Solskjaer perlu memanfaatkan sepenuhnya kesempatan yang diberi dengan beliau wajib menang setidak-tidaknya dua dari tiga perlawanan United selepas ini bertemu Tottenham Hotspur, Atalanta dan Manchester City.

Menurut laporan sama, Sir Alex Ferguson bersama pimpinan kelab yang lain berdiri teguh dibelakang Solskjaer untuk tempoh beberapa minggu ini, dan berharap beliau akan buktikan sesuatu.

Solskjaer akan terus kekal mengendalikan Manchester United untuk aksi bertemu Tottenham Hotspur pada hujung minggu ini, dan sepertinya beliau juga akan terus memimpin kelab untuk aksi bertemu Atalanta dan Manchester City.

Walaupun sudah mendapat sokongan penuh dari kelab, Solskjaer sebenarnya masih berada di bawah tekanan yang teramat sangat pada ketika ini.

Bekas pengurus Chelsea dan Inter Milan, Antonio Conte sedang hangat dikaitkan bakal menggantikan tempat Solskjaer sebagai pengurus Manchester United.

Menurut sumber laporan dari Fabrizio Romano, Conte terbuka untuk menerima tawaran dari Manchester United seandainya beliau ditawarkan untuk mengendalikan kelab.

Walau bagaimanapun, sehingga kini, masih belum ada perbincangan lebih lanjut antara kedua-dua belah pihak dan tiada tawaran rasmi dari United untuk menawarkan jawatan tersebut kepada Conte.

Manchester United tak konsisten

Manchester United jelas sekali sangat sukar untuk mendapatkan tahap persembahan terbaik mereka pada ketika ini, dengan mencatatkan keputusan yang tidak konsisten.

Walau sudah membuat tiga penandatanganan mega pada musim panas lalu dengan menandatangani Jadon Sancho, Raphael Varane dan Cristiano Ronaldo, United masih gagal untuk dapatkan prestasi terbaik mereka.

Selain masalah taktikal, para pemain juga jelas bergelut untuk membina kesefahaman antara mereka, dan gagal untuk mempamerkan persembahan terbaik masing-masing.

Bahkan Ole Gunnar Solskjaer sendiri masih belum ada kesebelasan terbaik yang tetap, dengan beliau kerap kali menukar pemain utamanya.

Oleh yang demikian, beliau diharap akan dapat memilih pemain terbaiknya untuk diturunkan dalam aksi perlawanan seterusnya, dalam usaha untuk mengutip tiga mata penuh.

Manchester perlu kembali bangkit untuk memastikan mereka mampu mengakhiri saingan liga di kedudukan empat teratas, dengan mereka pada ketika ini sedang berada di kedudukan ketujuh dalam carta liga.

Red Devils ketika ini tiga mata dipisahkan dari West Ham yang berada di kedudukan keempat, dan hanya kemenangan sahaja yang bakal membantu mereka untuk kembali ke kelompok teratas dalam saingan Premier League.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN