Sekalipun Manchester United berjaya meraih kemenangan besar 4-1 ke atas Newcastle United, pasukan itu terpaksa membayarnya dengan harga yang mahal apabila pemain tengah, Scott McTominay dilihat meninggalkan Old Trafford dengan bertongkat dan berkemungkinan besar tidak dapat beraksi sehingga bulan depan.
“Mungkin ada kecederaan ligamen pada lututnya,” kata pengurus United, Ole Gunnar Solskjaer selepas kemenangan pasukannya yang membolehkan mereka kembali mengejar slot ke saingan Liga Juara-Juara Eropah.
“Saya tidak tahu sejauh mana kecederaan tersebut. Kita akan cuba lihat esok [selepas pemeriksaan perubahatan] bagaimana keadaannya.”
https://twitter.com/mufcnews2019/status/1210332990548480000?s=20
Dua gol dari Anthony Martial dan masing-masing satu dari penyerang muda, Marcus Rashford dan Mason Greenwood mengatasi gol awal Matty Longstaff yang meletakkan Newcastle di depan.
United kini di kedudukan ketujuh, hanya empat mata di belakang pasukan di tangga keempat, Chelsea yang tewas lima dari tujuh perlawanan terakhir mereka dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL).
The Red Devils akan berkunjung ke Burnley pada Sabtu ini dengan Solskjaer berkemungkinan besar akan terus mempertaruhkan Greenwood, Martial dan Rashford di bahagian serangan memandangkan gandingan tiga pemain itu dilihat sangat berkesan.
Run out of Christmas films to watch?
Trust us: our #MUNNEW highlights are just as good! 👍 pic.twitter.com/Sr6PC1Sje2
— Manchester United (@ManUtd) December 26, 2019
Greenwood menyamakan kedudukan dengan pemain berusia 18 tahun itu membuat rembatan menerusi kaki kirinya selepas pertahanan Newcastle membuat kesilapan.
“Mason [Greenwood] adalah penyerang muda yang hebat. Kamu tahu dia akan membuat lebih banyak percubaan tepat ke arah gol berbanding tersasar. Caranya menjaringkan gol menunjukkan dia tidak gentar dalam situasi apa pun.”
Paul Pogba sekali lagi diturunkan selaku pemain gantian apabila McTominay dikeluarkan akibat kecederaan dan pemain tengah Perancis itu masih dalam proses menyesuaikan diri dalam permainan selepas berehat panjang akibat kecederaan.
💬 @VLindelof speaks in glowing terms about our attacking options, following an impressive display of finishing in #MUNNEW.#MUFC pic.twitter.com/dL8pZUFcT8
— Manchester United (@ManUtd) December 26, 2019
“Ianya masih terlalu awal buatnya, dia telah diketepikan agak lama dan sekarang dia perlu kembali beraksi di dalam perlawanan penting.”
Selepas berdepan Burnley, United akan bertemu dengan Arsenal pada tahun baru, dengan skuad kendalian Solskjaer seharusnya mengambil kesempatan ke atas pasukan tersebut yang kini dilanda masalah tidak konsisten sepanjang musim ini.