EPL 2019/20: Klopp, Rodgers Puji Persembahan Luar Biasa Alexander-Arnold

Pengurus Leicester City, Brendan Rodgers menyifatkan ketepatan hantaran pertahanan kanan Liverpool, Trent Alexander-Arnold sebagai sesuatu yang menakjubkan dan pemain tersebut mempunyai naluri menyerang yang sangat baik.

Alexander-Arnold membuat bantuan jaringan kepada dua gol Roberto Firmino sebelum menjaringkan satu gol pada lewat permainan ketika pendahulu Liga Perdana Inggeris (EPL) itu membelasah Leicester 4-0 pada Khamis di tempat lawan.

Kemenangan itu menjarakkan lagi kedudukan Liverpool di puncak liga dengan perbezaan 13 mata dan memiliki kelebihan satu perlawanan.

Graduan akademi Liverpool itu memulakan kariernya selaku pemain tengah dan pemain sayap. Beliau mula mendapat peluang bermain dalam skuad utama ketika Rodgers masih mengendalikan Liverpool pada 2015 dan semakin menyerlah ketika di bawah bimbingan Klopp.

“Pada saya, walaupun dia bermain pertahanan sisi tetapi permainannya seperti pemain tengah. Ketepatan hantarannya amat menakjubkan. Dia sememangnya pemain tengah sewaktu remaha dahulu,” ujar Rodgers dalam sidang media selepas perlawanan.

“Kualiti yang dimiliki serta pengalaman yang sudah diraih, bersama Jurgen [Klopp] dia telah menjadi pemain yang sangat hebat. Trent bermain dengan sangat konsisten di peringkat tertinggi dan tidak ragu lain dia memang nombor satu [pertahanan kanan] untuk England.”

Klopp mengatakan hantaran lintang Alexander-Arnold yang memberikan sepakan penalti kepada Liverpool amat luar biasa dan beliau yakin pada pemain muda itu merupakan pemain terbaik dunia di posisi tersebut.

“Sejujurnya saya sangat tertarik. Dia bermain dengan sangat baik dalam perlawanan ini. Kita tahu betapa pentingnya hantaran lintang itu kepada kami dan ianya sangat luar biasa.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN