Doktor Yang Merawat Ibrahimovic Mahu Kaji Lutut Beliau Selepas Kagum Dengan Kualitinya

Zlatan Ibrahimovic sudah terlepas baki saingan musim ini selepas mengalami kecederaan lutut ketika menentang Anderlecht tempoh hari.

Beliau telah selamat menjalani pembedahan tempoh hari, namun lutut yang dimiliki oleh Ibrahimovic nyata menarik tumpuan para doktor yang merawat beliau.

Hal ini kerana, mereka sangat kagum dengan kualiti dan tahap kecergasan pemain Manchester United itu.

Mereka juga bercadang untuk melakukan kajian terhadap lutut Ibrahimvic di masa akan datang.

Menurut agen beliau iaitu Mino Riaola, para doktor dari Fakulti Perubatan Universiti Pittsburgh begitu kagum dengan tahap kesihatan pemain tersebut.

“Lutut yang dimiliki oleh Ibrahimovic cukup kuat dan ia tidak pernah dilihat sebelum ini oleh doktor di sana.”

Menurut Riaola, doktor di tempat tersebut mahukan lutut Ibrahimovic untuk digunakan sebagai kajian selepas karier beliau tamat.

“Mereka berkata yang mereka mahukan lutut Ibrahimovic sebagai kajian mereka selepas karier beliau berakhir. Ini peluang terbaik untuk Ibrahimovic berkerja dengan pakar pengkaji lutut dan ligament terbaik di dunia.”

Ibrahimovic masih lagi tidak tahu ke mana beliau akan pergi selepas kontrak beliau tamat akhir musim ini.

Beliau mempunyai peluang untuk lanjutkan kontrak beliau untuk setahun lagi atau berpindah ke kelab yang lain.

Baca juga: Rahmad Dermawan: “Prestasi T-Team Masih Belum Di Tahap Terbaik”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN