Guardiola: “Di Premier League Sahaja 6 Pasukan Berebut Untuk 1 Posisi”

Pengurus Manchester City, Pep Guardiola bakal melalui musim pertama pengurusan beliau tanpa sebarang kejuaraan selepas secara matematiknya sudah terlepas peluang untuk menjuarai Premier League musim ini.

Beliau juga menjangkakan perebutan ke UEFA Champions League pada musim hadapan bakal menjadi sungguh sukar.

“Perebutan untuk ke UEFA Champions League pastinya akan menjadi sungguh sukar selepas ini. Amat sukar.”

Beliau menyimpan hasrat agar Manchester United menumpukan perhatian kepada Europa League dengan harapan mereka bakal melupakan peluang untuk beraksi cemerlang di Europa League.

“Saya harap Manchester United akan fokus kepada Europa League dengan harapan di musim hadapan akan ada 5 pasukan Inggeris di UEFA Champions League.”

Beliau juga mengaku yang saingan di peringkat atasan liga di England merupakan saingan yang cukup sukar berbanding persaingan di Sepanyol atau Jerman.

“Mana ada 6 pasukan berebut untuk satu posisi di negara lain. Tidak di Sepanyol dan tidak di Jerman.”

“Setiap musim, makin sukar untuk setiap pasukan berebut ke kejohanan Eropah pada musim berikutnya.”

Dalam pada itu, Guardiola juga berkata yang nasib mereka kini terletak pada prestasi mereka sendiri. Tewas dan semuanya bakal hilang.

“Kami ada 3 lagi perlawanan, apa yang boleh kami buat adalah dapatkan setiap mata yang ada.”

“Nasib kami ada di tangan kami.”

Baca juga: Doktor Yang Merawat Ibrahimovic Mahu Kaji Lutut Beliau Selepas Kagum Dengan Kualitinya

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN