Kecederaan Buku Lali Harry Kane Resahkan Spurs Dan England

Tottenham Hotspur bangkit daripada ketinggalan 1 gol untuk menang 4-1 ke atas Bournemouth. Itu adalah kemenangan pertama Spurs selepas ketinggalan 1 gol selepas berada dalam situasi tersebut 11 kali.

Kemenangan yang menyaksikan Spurs memintas Liverpool di tangga ke-3 dan menyaksikan Son Heung Min meneruskan aksi cemerlang beliau musim ini.

Namun ada perkabaran kurang enak apabila pemain bintang mereka, Harry Kane diusung keluar padang kerana kecederaan. Dalam temu ramah selepas perlawanan dengan Sky Sports, Mauricio Pocettino sahkan ia adalah kecederaan buku lali.

Kecederaan yang sama membuatkan beliau berehat panjang musim lalu. Pochettino berkata:

“Kecederaan itu di buku lali kanan, kemungkinan besar kecederaan pada ligamen yang sama seperti yang beliau kena pada musim lalu ketika berhadapan Sunderland.”

“Saya masih menunggu laporan penuh esok. Buat masa ini, itu sahaja maklumat yang saya ada.”

Kane tercedera selepas bertembung dengan Asmir Begovic dalam usaha beliau menerima hantaran Eriksen. Gol Kane turut dibatalkan kerana ofsaid.

Kane kemudian digantikan dengan Erik Lamela selepas petugas perubatan Spurs memberitahu pemain itu tak dapat meneruskan aksi.

Kem Tottenham Hotspur dan England sudah pastilah risau dan berharap tiada kecederaan serius berlaku. Piala Dunia kurang daripada 95 hari lagi.

Pochettino meluahkan kerisauan beliau namun berharap kecederaan itu tidak serius seperti yang digambarkan dan pemain tersebut akan kembali semula ke padang dalam masa terdekat.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN