Pemain Manchester United, Paul Pogba mengatakan beliau kini semakin lapar dan dahaga untuk kembali ke padang selepas mengalami kecederaan panjang.
Menurut laman Sky Sports, kecederaan yang dialami beliau tidak menyebabkan mental pemain itu menurun, bahkan ianya membuatkan dirinya lebih bersemangat untuk kembali menerajui bahagian tengah Manchester United.
“Dulu saya kecewa, sudah lama. Kini saya hampir ke situ [pulih sepenuhnya], jadi saya cuma fikirkan untuk kembali dan berlatih sepenuhnya dengan pasukan dan segalanya.”
“Anda mungkin rasa teruk, tetapi saya tidak pernah mengalami perkara sebegini sepanjang karier saya jadi saya memandang situasi ini dalam cara yang baik. Ianya membuatkan saya lebih lapar untuk kembali dan beraksi dengan baik. Itulah bukti betapa saya cintakan bola sepak.”
Pogba tidak beraksi sejak dari Boxing Day pada akhir tahun lalu, dan ketidakhadiran beliau di atas padang hanya digantikan dengan pelbagai spekulasi mengenai masa depannya di Old Trafford.
Masa depan beliau bersama-sama pasukan itu masih lagi belum jelas disebalik pelbagai spekulasi mengenai dirinya.
Kecederaan yang berlaku di kaki beliau menyebabkan pemain kebangsaan Perancis itu hanya melakukan lapan penampilan sahaja untuk Manchester United.
Masa depan beliau bersama-sama pasukan itu masih lagi belum jelas disebalik pelbagai spekulasi mengenai dirinya.