5 Kecederaan Yang Biasa Berlaku Ketika Anda Bermain Bola Sepak

Bola sepak antara sukan yang cukup ganas dan bertempo tinggi.

Permainan ini terdedah dengan risiko kecederaan dan jika kita tidak berjaya mengelaknya, kita berkemungkinan akan mengalami kecederaan yang teruk.

Untuk itu, kami sediakan 5 kecederaan yang biasa kita dapat ketika bermain bola sepak atau futsal. Selain itu, kami sediakan cara bagaimana untuk mengelak dari mengalaminya.

1. Kekejangan hamstring

Penulis juga pernah mengalami kecederaan ini satu ketika dahulu dan mengambil masa lebih kurang seminggu untuk pulih darinya.

Bagi yang tidak tahu, hamstring adalah salah satu bahagian yang terletak di bahagian belakang dan terletak di atas lutut.

Fungsinya ketika bermain bola adalah untuk mengawal kelajuan kaki ketika berlari serta kuasa yang diberikan oleh kaki ketika melakukan rembatan.

Cara untuk mengelak masalah ini adalah dengan memanaskan badan sebelum bermain. Lakukan juga sedikit regangan serta lakukan juga pecutan jarak dekat.

2. Buku lali terseliuh

Buku lali merupakan satu bahagian yang terdapat banyak ligamen yang saling berhubung untuk menghubungkan tulang-tulang yang ada di bahagian tersebut.

Kecederaan ini boleh terjadi apabila kaki anda berada pada kedudukan yang tidak normal. Terdapat 3 tahap kecederaan buku lali:

  • ligamen-ligamen tertarik (tahap 1)
  • sebahagian dari ligamen-ligamen terkoyak (tahap 2)
  • kesemuanya koyak (tahap 3)

Cara untuk mengelakkan masalah ini adalah dengan memakai pita buku lali (ankle tape) sebelum bermain.

Hasil kajian mendapati, 1 pemain hanya akan mendapat kecederaan buku lali dalam setiap 1000 perlawanan yang beliau beraksi berbanding setiap 33 perlawanan jika tidak memakai pita buku lali.

3. Kerosakan pada ligamen lutut

Ini merupakan kecederaan paling ditakuti oleh pemain bola sepak atau pun futsal.

Di bahagian lutut, terdapat 4 ligamen yang boleh tersimpul atau tertarik jika bermain. Namun begitu, ligamen yang diberi nama anterior cruciate ligament atau ACL merupakan kecederaan lutut paling ditakuti oleh pemain bola sepak dan futsal.

Kecederaan ACL ini boleh menyebabkan pemain untuk tidak beraksi untuk satu tempoh yang panjang, barangkali bertahun.

Kami pernah bercerita mengenai kecederaan ACL menerusi artikel yang ditulis oleh fisio Pulau Pinang FA, anda boleh baca penerangan lebih lanjut mengenai kecederaan ACL di sini.

4. Kecederaan di bahagian keting

Masalah yang berlaku di bahagian keting ini merupakan masalah yang menyebabkan anda akan sukar untuk berjalan selepas beraksi.

Masalah ini yang dipanggil sebagai shin splints dalam bahasa Inggeris, adalah berpunca selepas anda berlari untuk satu tempoh yang panjang ketika bermain.

Ia terjadi selepas kaki terlalu banyak berkerja. Di dalam perlawanan, kaki ditugaskan untuk berlari.

Apabila ketika latihan pula, kaki digunakan untuk menampung berat badan ketika latihan yang menggunakan alat beban yang tinggi.

Untuk mengelakkan masalah ini, anda perlu lihat semula cara larian anda. Dapatkan nasihat pelatih mengenai cara larian yang betul yang mampu menghalang masalah ini dari berlaku lagi.

5. Dead leg

Masalah dead leg ini mampu menjadi penghilang mood untuk anda bermain bola sepak atau futsal.

Hal ini kerana apabila anda mengalami masalah ini, anda tidak akan mampu untuk menggerakan kaki anda dan ini memaksa anda untuk berhenti dari bermain perlawanan tersebut.

Kecederaan ini akan pulih dengan cepat. Ia mengambil masa dalam beberapa hari sahaja untuk pulih, dan jika kecederaan itu agak teruk ia akan mengambil masa 1 hingga 2 minggu untuk pulih.

Dead leg lazimnya berpunca dari asakan keras pihak lawan yang mengena kepada otot dan seterusnya tulang.

Apabila lutut dan tulang ‘bertembung’, ia menghasilkan kesakitan yang segera terhadap kaki anda.

Dead leag ini tiada cara untuk mengelaknya. Tetapi jika anda mengalaminya, anda boleh letakkan ais di kaki anda serta balut dengan anduh (bandage) secepat mungkin.

Baca juga: Apa Yang Kita Perlu Makan Sebelum Bermain Bola Sepak?

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN