Kecederaan Andres Iniesta Risaukan Ernesto Valverde Bagi Menghadapi Chelsea

Andres Iniesta

Barcelona mendapat pengkhabaran kurang enak selepas pemain tengah berpengaruh yang merupakan ketua pasukan, Andres Iniesta mengalami kecederaan hamstring pada pertemuan bertemu Atletico Madrid.

Kecederaan tersebut juga mengakibatkan pemain berusia 33 tahun itu terpaksa dikeluarkan pada minit ke-36 bagi digantikan dengan Andre Gomes.

Sehubungan dengan itu, pengendali Barcelona, Ernesto Valverde mengakui beliau tidak pasti siapa yang akan mengisi kekosongan yang ditinggalkan Iniesta di kesebelasan utama pasukan.

Kecederaan yang dialami itu juga dikhuatiri Iniesta bakal terlepas aksi kedua pusingan 16 terbaik Liga Juara-Juara Eropah bertemu Chelsea di Nou Camp pada minggu hadapan.

BARCELONA, SPAIN – MARCH 04: Andres Iniesta of FC Barcelona is substituted for Andre Gomes during the La Liga match between Barcelona and Atletico Madrid at Camp Nou on March 4, 2018 in Barcelona, Spain. (Photo by Alex Caparros/Getty Images)

”Dia (Andres Iniesta) tidak boleh digantikan, sama seperti (Lionel) Messi. Anda tidak boleh gantikan pemain yang unik seperti dia,” jelas Valverde mengulas tentang Iniesta.

”Kami akan menantikan untuk melihat imbasan kecederaan yang dialaminya. Ianya kelihatan seperti kecederaan otot, tetapi kami berharap ia tidak begitu serius.”

”Dia tahu bagaimana untuk menguruskan dirinya sendiri. Dia mempunyai permainan yang hebat.”

Ketika peluang Iniesta dilihat masih samar untuk beraksi bertemu Chelsea, Barcelona sudah pasti tidak dapat menggunakan khidmat Phillipe Coutinho.

Pembelian termahal kelab itu sudah beraksi dalam saingan yang sama ketika bersama Liverpool musim ini.

Sebelum bertemu Chelsea, skuad bimbingan Valverde ini akan bertemu Malaga dalam saingan La Liga pada 11 Mac.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN