Bayern Munich Catat Kemenangan 4-0 Keatas Freiburg, Terus ‘Gah’ Pimpin Carta Bundesliga

Bayern Munich

Ketika Manchester City selesa memimpin saingan Liga Perdana Inggeris, Bayern Munich juga semakin hampir untuk dinobatkan selaku juara Bundesliga buat kali ke-6 berturut-turut selepas menang 4-0 keatas Freiburg awal pagi tadi.

Kemenangan di Schwarzwald-Stadion itu meletakkan skuad bimbingan Juup Heynckes itu 20 mata dihadapan pencabar terdekat, Schalke 04.

Satu jurang mata yang terlalu jauh untuk dihambat Schalke 04 dan pasukan lain dalam saingan Bundesliga ketika ini.

Bayern Munich membuka tirai jaringan pada minit ke-25 selepas hantaran dari sebelah kanan pintu gol Freiburg yang cuba dilakukan Thomas Mueller terkena penjaga gol, Alexander Schwolow lalu bola menerjah gawang tuan rumah.

Berselang tiga minit kemudian, Corentin Tolisso meledakkan rembatan cantik dari jarak jauh untuk menambah jaringan kedua buat Bayern Munich.

Sandro Wagner menambah derita skuad  bimbingan Christian Streich apabila penyerang berjersi nombor ‘2’ itu berjaya menyambar dan menolak masuk bola susulan percubaan awal yang ingin dilakukan Thomas Muller.

Jaringan tersebut pada mulanya dibantah para pemain Freiburg yang mendakwa bola sudah terkena tangan Juan Bernat dan menginginkan bantuan dari Video Assistant Referee (VAR).

Namun gol tersebut masih disahkan walaupun sudah dirujuk VAR.

Thomas Muller menutup koleksi jaringan pada perlawanan ini dengan gol ke-4 setelah beliau menyempurnakan peluang hasil sepakan sudut yang dilakukan Joshua Kimmich.

Jaringan tersebut kekal hingga tamat permainan untuk mengesahkan kemenangan ke-20 buat Bayern Munich musim ini selepas beraksi 25 perlawanan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN