Kecederaan Al-Shahrani: Pengadil Dikecam Kerana Tidak Hentikan Perlawanan Serta Merta

Al Shahrani Pengadil

Slavko Vincic, pengadil perlawanan di antara Arab Saudi dan Argentina menerima kecaman hebat di atas kejadian ngeri melibatkan Yasser Al-Shahrani yang lambat menerima rawatan selepas mengalami kecederaan serius di bahagian muka.

Muka pemain pertahanan berusia 30 tahun mengalami hentakan kuat apabila bertembung dengan lutut penjaga gol Mohammaed Al-Owais yang membuat lompatan tinggi ketika menangkap bola.

Selepas pelanggaran itu, Al-Shahrani terbaring kaku di atas padang dan Vincic tidak meniup wisel untuk menghentikan perlawanan, jauh sekali untuk melihat keadaan pemain tersebut dengan serta merta.

Ia membuatkan banyak pihak kecewa dengan pengadil dari Slovenia itu yang sepatutnya cakna dengan keselamatan pemain di atas padang.

https://twitter.com/FormulaBayern/status/1595108169772109824?s=20&t=Aq3ubqvBpPaMtfEFtkEx9A

Penulis sukan Joe Pantoro berkata: “Keputusan untuk tidak menghentikan permainan dengan serta merta cukup mengelirukan. Yaseer Al-Shahrani sudah kejung tak bergerak.

Menurut laporan, Al-Shahrani mengalami kecederaan patah rahang dan beberapa bahagian lain di bahagian muka disebabkan pelanggaran itu dan terus dikejarkan ke hospital untuk menjalani pembedahan.

Namun orang ramai mula mempersoalkan mengenai protokal gegaran otak FIFA yang sepatutnya menghentikan perlawanan dengan serta merta sekiranya berlaku kecederaan di bahagian kepala pemain.

Badan induk tersebut turut dikritik selepas penjaga gol Iran, Ali Beiranvand juga mengalami kecederaan kepada pada Isnin lalu dan pemain tersebut dibenarkan untuk meneruskan perlawanan.

Tetapi hanya beberapa minit kemudian beliau kembali terbaring di atas padang sebelum digantikan dengan penjaga gol simpanan.

“Dia tak sepatutnya dibenarkan berdiri di atas padang walaupun sesaat selepas kecederaan kepala tersebut, apatah lagi seminit, jelas dia takkan mampu untuk meneruskannya,” ujar Luke Griggs, ketua pegawai eksekutif badan amal kecederaan otak ‘Headway UK’.

“Ini adalah satu lagi kes di mana keputusan dibuat oleh pemain dan bukannya pegawai perubatan. Sepatutnya kejohanan Piala Dunia ini menjadi ujian percubaan buat protokol gegeran otak FIFA dan jelas mereka gagal.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN