Pemain kebangsaan Vietnam, Nguyen Quang Hai telah mencatat sejarah apabila menjadi pemain dari negara tersebut yang menjaringkan gol dalam saingan lima liga terbaik di Eropah.
Selepas mencatatkan rekod menjadi pemain Vietnam yang pertama beraksi di Ligue 1, beliau kini terus meningkatkan nilai pasaran sebagai pemain.
Terkini, beliau telah diangkat sebagai wira apabila menyelamatkan pasukannya iaitu Pau FC dalam aksi liga menentang Rodez.
Quang Hai yang beraksi sebagai pemain gantian, masuk pada minit ke-78 untuk memberikan sinar baharu kepada serangan Pau yang sudah ketinggalan 2-1.
Percaturan itu ternyata membawa hasil apabila ketika perlawanan memasuki minit-minit aksi, Quang Hai menjaringkan gol penyamaan.
Semuanya bermula apabila Quang Hai menggelecek dengan membawa bola masuk ke dalam kotak penalti sebelum mendapatkan peluang untuk menjaringkan gol.
Jaringan itu ternyata telah menyelamatkan Pau daripada kekalahan dan memisahkan mereka dengan zon penyingkiran.
Untuk rekod, Pau kini hanya satu tempat sahaja dipisahkan dari zon penyingkiran dengan jarak mereka hanya satu mata sahaja dibandingkan dengan Laval yang mengutip 10 mata.
Sementara Pau pula telah mengutip 11 mata dari 10 aksi yang telah mereka harungi.