Isu Jadual Terlalu Padat, Adakah Keane Ada Asas Kukuh Tempelak Mourinho?

Dalam temu ramah dengan ITV, Roy Keane telah menempelak Jose Mourinho kerana pengendali Manchester United tersebut merungut soal jadual terlalu padat.

Keane berkata:

“Dia sekarang ini menguruskan Manchester United, salah sebuah kelab paling besar di dunia.”

“Dengan skuad yang dia ada, dia masih merungut tentang faktor keletihan?”

“Mourinho sedang bercakap benda yang sangat mengarut. Saya jarang mendengar benda lebih sampah dari ini.”

“Mungkin kelab ini terlalu besar untuk dia sehingga tidak mampu menuruti jumlah perlawanan yang banyak.”

Komen Keane ini mendapat respon yang luar biasa dari peminat Manchester United dari seluruh dunia.

Ramai yang menganggap Keane tidak perlu untuk mengkritik Jose Mourinho kerana realitinya, jadual memang ‘gila’.

Ada juga yang bersetuju dengan Roy Keane tentang hal ini.

Ini mungkin asas yang kukuh untuk membandingkan jadual padat melibatkan Manchester United.

Kita buat perbandingan jadual yang ada sekrang dengan jadual ketika Manchester United menjuarai treble pada 1999 dengan Roy Keane ada bersama pasukan ketika itu.

Jumlah perlawanan yang banyak

Jumlah perlawanan yang banyak adalah perkara yang biasa berlaku apabila pasukan masih komited dalam banyak pertandingan terutama sekali selepas Mac.

Ini adalah jadual Manchester United pada Mac dan April musim ini.

17 perlawanan (ataupun 14 jika tersingkir UEL) dalam masa 70 hari. Purata perlawanan adalah 1 perlawanan setiap 4 hari jika mereka mara sehingga ke final UEL.

Jika mereka sampai ke final tersebut, mereka ada 8 perlawanan pada April termasuk 3 perlawanan dalam 9 hari serta 4 perlawanan dalam masa 10 hari.

Satu lagi 4 perlawanan dalam masa 9 hari pada Mei. Ini masih belum termasuk 2 perlawanan liga yang ditunda kerana pertandingan piala.

Jadual padat era treble

Bezakan pula dengan jadual mereka pada 1999, ketika Manchester United merangkul treble pada musim tersebut.

Di antara 3 May – 26 May 1999, Manchester United bermain 20 perlawanan dan mereka dengan cemerlang tidak tewas langsung.

Purata hari untuk setiap perlawanan adalah 4 hari untuk 1 perlawanan. Mereka bermain 6 perlawanan dalam masa 14 hari bermula pada Mac.

3 perlawanan dalam masa 9 hari bermula pada April dan 4 perlawanan dalam masa 12 hari bermula pada Mei.

Jadi, secara kasarnya, Roy Keane agak betul kali ini kerana Manchester United adalah kelab yang memerlukan pengurus boleh berhadapan dengan cabaran jadual terlalu padat.

Ini kerana kelab ini dari dulu mengambil berat dalam pertandingan piala dengan pengurusan skuad yang berkesan.

Lawan United dalam proses menamatkan jadual padat pada 1999 termasuk Arsenal, Juventus, Inter Milan, dan Chelsea.

Baca juga: Tips Untuk Melakukan Skil Gunting (Step Over-Scissor) Ketika Menggelecek

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN