Roy Keane percaya skuad Manchester City yang ada pada hari ini masih jauh daripada tag pasukan terbaik. Manchester City kerap digelar pasukan serba lengkap pada musim ini dengan jarak mata di EPL serta kualiti skuad yang ada.
Manchester City juga diletakkan pasukan pilihan untuk menjuarai UCL pada musim ini. Pada awal musim, nama Man. City dan PSG dicanang akan menjadi pilihan
Roy Keane percaya, Manchester City kini perlu kembali semula ke realiti dan Liverpool memberikan mereka pengajaran berguna.
Manchester City gagal mencatatkan sebarang percuban tepat dalam kekalahan di Anfield. Ini adalah kali kedua Man. City tewas di Anfield musim ini.
Keane menganggap skuad Pep Guardiola ini masih belum membuktikan apa-apa untuk menjadi salah satu pasukan terhebat dalam sejarah meskipun mereka kelihatan mudah untuk menjuarai EPL musim ini.
“Kemenangan ke atas Manchester City pada Sabtu ini akan mengesahkan kejuaraan EPL mereka. Namun ia masih belum cukup untuk membuatkan mereka digelar salah satu pasukan Inggeris terbaik sepanjang zaman.”
“Terlalu banyak ‘hype’ untuk pasukan City ini. Bercakap tentang pasukan yang hebat, ini (kekalahan di tangan Liverpool) adalah ‘reality check’ kepada mereka,”
“Banyak lagi perkara perlu mereka lakukan untuk menjadi pasukan terhebat. Untuk perlawanan ini, pengurus mereka akan banyak perkara untuk dianalisis selepas ini.”
“Mereka menguasai perlawanan dnegan dominan. Namun penguasaan bola tidak akan memberikan anda kemenangan. Pemain-pemain City pastinya terkejut. Tak siapa yang menjangkakan mereka akan ketinggalan dalam perlawanan pertama.”
“Saya percaya, mereka (pemain City) yakin yang mereka akan mampu menjaringkan gol.”
“Selepas apa yang mereka lakukan musim ini, City malam ini kehilangan kualiti. Kredit kepada Liverpool untuk apa yang mereka lakukan.”
Roy Keane juga mengkritik Kyle Walker. Keane dengan nada tegas melabel Walker beraksi teruk. Kean memuji aksi berpasukan yang hebat oleh Liverpool terutama sekali trio tengah mereka, Milner-Henderson-Oxlade Chamberlain.
Sebelum perlawanan ramai yang memperlekehkan kualiti pemain tengah pasukan Liverpool dan terlalu memuji David Silva, De Bruyne dan Fernandinho.
Sebaliknya dalam perlawanan ini, trio tengah Liverpool membuktikan mereka beraksi lebih baik terutama sekali pada separuh masa pertama. Mereka kelihatan sentiasa ‘menyakiti’ pasukan City dengan serangan balas.
“3 pemain ini luar biasa malam ini. Milner, Henderson, dan Oxlade-Chamberlain telah memberikan asas yang kukuh untuk pasukan ini terus mara ke hadapan dan kemenangan 3-0 ini adalah sesuatu yang Liverpool sendiri tak sangka.”
Ditanya tentang perlawanan kedua di Etihad pada minggu hadapan. Keane berkata:
“OK, ianya akan menjadi sangat sukar. Tetapi jika Liverpool mendapat gol tempat lawan, pertarungan ini akan berakhir.”