VIDEO: Bas Manchester City Diserang, Guardiola Bidas Sikap Sebahagian Penyokong Liverpool

Pengurus Manchester City, Pep Guardiola berkata beliau tidak boleh faham mengapa bas pasukan yang membawa skuad Manchester City ke Anfield untuk perlawanan suku akhir pertama UEFA Champions League (UCL) diserang oleh penyokong Liverpool.

Pengurus dari Sepanyol itu turut mempersoalkan pihak keselamatan yang membenarkan insiden tersebut daripada berlaku.

LIVERPOOL, ENGLAND – APRIL 04: Manager of Manchester City Josep Guardiola answers questions from the press during the UEFA Champions League quarter final leg one match between Liverpool and Manchester City at Anfield on April 4, 2018 in Liverpool, England. (Photo by Jan Kruger – UEFA/UEFA via Getty Images)

Tiada pemain atau staff Manchester City dilaporkan mengalami kecederaan berikutan insiden tersebut, namun sekurang-kurangnya dua anggota polis yang bertugas mengiring bas tersebut dilaporkan tercedera.

Insiden tersebut turut mendapat reaksi daripada Liverpool FC yang menyifatkan kejadian sebegitu sebagai tidak boleh diterima.

Pada awal Rabu menjelang perlawanan, pihak polis Merseyside telah mengeluarkan satu kenyataan yang berkat bas yang membawa pemain dan kakitangan kedua-dua pasukan tidak akan melalui laluan kebiasaan disebabkan kerja pembinaan yang berada di laluan ke Anfield.

LIVERPOOL, ENGLAND – APRIL 04: Fans of Liverpool react as the Manchester City team bus arrives prior to the UEFA Champions League Quarter Final first leg match between Liverpool and Manchester City at Anfield on April 4, 2018 in Liverpool, England. (Photo by Robbie Jay Barratt – AMA/Getty Images)

Liverpool turut menggesa penyokong mereka berkumpul di perkarangan stadium untuk memberikan sokongan kepada pemain dengan cara tertib dan menghormati lawan.

Namun apabila bas yang membawa skuad Manchester City tiba, keadaan menjadi tidak terkawal dengan botol, tin mimuman dan suar telah dilemparkan kepada bas skuad kendalian Guardiola tersebut.

Bottles and cans are thrown at the bus as Manchester City players arrive at the stadium before the UEFA Champions League first leg quarter-final football match between Liverpool and Manchester City, at Anfield stadium in Liverpool, north west England on April 4, 2018. / AFP PHOTO / Paul ELLIS (Photo credit should read PAUL ELLIS/AFP/Getty Images)

Bercakap kepada wartawan selepas kekalahan 3-0 itu, Guardiola mengakui tidak menjangka insiden sedemikian boleh berlaku setelah mengambil kira insiden yang pernah terjadi kepada bas pasukan Borussia Dortmund pada musim lalu.

Dalam kejadian pada April tahun lalu, pemain pertahanan Dortmund, Marc Bartra mengalami kecederaan akibat letupan bom yang dibaling ke arah bas pasukan tersebut.

Guardiola berkata:

“Biasanya pihak polis boleh menjangkakan keadaan seperti ini akan berlaku, dan akan melakukan langkah berkaitan untuk mengelakkannya dari terjadi. Oleh itu, saya tidak menjangkakan perkara ini dilakukan sendiri oleh penyokong Liverpool.”

LIVERPOOL, ENGLAND – APRIL 04: A detail view of a red smoke grenade is seen as fans await the team bus prior to the UEFA Champions League Quarter Final first leg match between Liverpool and Manchester City at Anfield on April 4, 2018 in Liverpool, England. (Photo by Robbie Jay Barratt – AMA/Getty Images)

“Tahun lepas, perkara yang hampir sama berlaku kepada Dortmund. Kami datang ke sini untuk bermain bola sepak dan tidak faham sama sekali dengan kejadian yang berlaku.”

“Bas yang kami naiki mengalami kerosakkan, tetapi sukar untuk melihat kelab berprestij seperti Liverpool melakukan perkara sebegini. Ini bukan mengenai kelab sebagai sebuah pasukan. Ia adalah mengenai mereka (penyokong), mungkin seorang, mungkin dua atau tiga daripada mereka. Saya harap perkara sebegini tidak akan berulang.”

Di dalam satu kenyataan rasmi, Liverpool berkata:

“Kami memohon maaf kepada Pep Guardiola, barisan pemain, kakitangan dan pegawai yang terlibat di dalam insiden tersebut. Keutamaan sekarang ialah untuk memberikan segala jenis sokongan berpatutan yang diperlukan oleh Manchester City.”

LIVERPOOL, ENGLAND – APRIL 04: A fan of Liverpool stands on top of a Police van as fans await the team bus to arrive during the UEFA Champions League Quarter Final first leg match between Liverpool and Manchester City at Anfield on April 4, 2018 in Liverpool, England. (Photo by Robbie Jay Barratt – AMA/Getty Images)

Bekas kapten dan legenda kelab Merseyside, Steven Gerrard turut berkata:

“Bola sepak tidak perlukan insiden sebegini. Ia akan membayangi kejayaan kita pada malam ini.”

“Ia bukan sesuatu yang pihak kelab mahu banggakan dan dikaitkan. Kita mahukan atmosfera yang hebat dan memberikan mesej berkenaan kepada pihak lawan, namun tindakan sebahagian individu ini adalah melampau.”

LIVERPOOL, ENGLAND – APRIL 04: Fans of Liverpool react and throw objects as the Manchester City team bus arrives prior to the UEFA Champions League Quarter Final first leg match between Liverpool and Manchester City at Anfield on April 4, 2018 in Liverpool, England. (Photo by Robbie Jay Barratt – AMA/Getty Images)

Superintendent Paul White daripada polis Merseyside yang bertindak sebagai komander di dalam perlawanan ini berkata fail siasatan akan dibuka bagi memburu individu yang bertanggungjawab melakukan kerosakkan terhadap bas Manchester City.

“Pegawai penguatkuasa dan pegawai bertugas berada di sana untuk melindungi orang awam ketika kejadian. Amat mendukacitakan melihat sebahagian daripada mereka berkelakuan tidak senonoh di dalam kejadian tersebut.” ujar White.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN