KDN Jadi Kelab Kedua Miliki Import Paling Ramai Selepas JDT

Kelantan Darul Naim (KDN), setakat ini menjadi kelab kedua dalam saingan Liga Malaysia (Liga M) yang memiliki pemain import paling ramai didaftarkan selain Johor Darul Ta’zim (JDT).

Selepas mengharungi musim yang sukar pada tahun lalu, pasukan ini membuat beberapa rombakan besar dengan mendapatkan ramai pemain import baharu untuk didaftarkan.

Setakat ini, rekod menyaksikan KDN sudah pun mendaftarkan sembilan pemain import dan semuanya sudah pun diperkenalkan sejak beberapa minggu lalu.

Malah, profil hampir setiap pemain didaftarkan juga bukan calang-calang kerana ada yang pernah beraksi untuk pasukan kebangsaan di Eropah.

Menjadi satu-satunya wakil dari negeri Kelantan, sembilan pemain import telah didaftarkan ialah Chadrack Muzungu, David Ribera, Valdumar Augusto Te, Oday Kharoub, Michal Jerabek, Ri Gwan-kim, Ahoe. Koo, Bae Kyeong-hwan, serta Jung Byung-ju.

Di tangga pertama, JDT tidak mengambil masa lama untuk memperkenalkan sembilan pemain import dan seorang lagi penjaga gol bakal didaftarkan tidak lama sahaja lagi.

Bakal beraksi di pentas tertinggi Asia pada musim ini, maka tidak hairan mengapa JDT mendapatkan ramai pemain import berkualiti untuk memperkuatkan mereka.

Antara pemain baharu sah didaftarkan ialah Chico Geraldes, Nicolao Cardoso, Jalil Elias serta pertahanan kental dari Brazil iaitu Murilo untuk musim ini.

Negeri Sembilan, PDRM, Perak, dan Sabah setakat ini masing-masing sudah pun menandatangani lapan pemain import dan berkemungkinan bakal ada penambahan terbaharu di setiap posisi masing-masing.

Selain itu, Kuching City, Selangor dan Terengganu tampil dengan tujuh pemain import semasa mereka yang sudah pun diperkenalkan sebelum itu.

Agak mengejutkan buat Selangor apabila mereka hanya menggunakan khidmat tujuh pemain import musim hadapan dan ada dua pemain sebelum itu dipinjamkan kepada pasukan lain.

Sri Pahang menjadi satu-satunya kelab yang setakat ini menggunakan enam pemain import dengan salah seorang berstatus pinjaman daripada JDT iaitu Manuel Hidalgo.

Tiga kelab yang hanya mendaftarkan lima sahaja pemain import ketika ini adalah Kedah Darul Aman (Kedah) serta Kuala Lumpur City (KL City) sahaja atas dasar penjimatan bagi mengelak isu kewangan terus berulang selain Penang yang baru memperkenalkan tonggak baharu mereka dari Brazil sebentar tadi iaitu, Neto Oliveira.

Namun sehingga semua rekod ini ditulis, ianya masih belum dimuktamadkan oleh semua pasukan dengan kemungkinan bakal ada beberapa lagi pemain import baharu diperkenalkan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN