KBS Mahu Siasat Dakwaan Pemain Liga Malaysia Tidak Dibayar Gaji Didekati ‘Bookie’

Syed Saddiq

Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata kementerian di bawah seliaan beliau iaitu Kementerian Belia dan Sukan (KBS) akan menyiasat dakwaan pemain dari pasukan Liga Malaysia yang cuba diberi rasuah oleh bookie.

Sebelum ini Harian Metro melaporkan pengakuan seorang bekas pemain yang pernah beraksi di saingan Liga Perdana ketika mendedahkan dia pernah didekati bookie selepas mengetahui kemelut tunggakan gaji yang dialami pasukannya.

Tiada ruang untuk rasuah

Menurut Syed Saddiq, pihaknya tidak boleh menerima perlakuan dan amalan sebegitu, walaupun ianya berlaku disebabkan kesempitan hidup pemain-pemain tersebut akibat tidak menerima bayaran gaji daripada pasukan masing-masing.

“Masalah bookie ini memang kita banteras berhabis-habisan. Kalau ada sebarang maklumat tolong laporkan segera. Kami juga akan cuba membuat siasatan tersendiri menerusi kerjasama dengan kelab-kelab dan juga pemain-pemain.

“Kita mesti tentang mereka ini kerana ia sesuatu yang tidak boleh diterima,” kata Syed Saddiq.

Beliau dipetik sebagai bekata demiakian pada sidang media Program Tukar Minyak Hitam Motosikal Percuma di Balai Raya Kampung Sesapan Batu Rembau, Beranang sempena lawatan kerja rasmi di sini semalam.

Liga Malaysia paling berisiko

Menurut laporan dari akhbar Harian Metro pada Ahad lalu, bookie sentiasa memantau perkembangan terkini di Liga Malaysia, khususnya pasukan mempunyai tunggakan pembayaran gaji.

Golongan ini (bookie) pada bila-bila masa sahaja akan mengambil kesempatan terhadap kehidupan pemain yang tersepit akibat kemelut masalah pembayaran gaji yang melanda saingan domestik negara.

Antara barisan pemain pasukan Marcerra Kuantan FA. FOTO: Marcerra United FC

Menurut FAM, Malaysia adalah negara tertinggi di Asia yang merekodkan pembayaran gaji tidak berbayar. Ini menjadikan Liga Malaysia memiliki risiko tertinggi untuk dipalit gejala rasuah.

Jumlah itu akan lebih banyak jika termasuk kes yang masih belum diterima FAM. Paling menyedihkan 60% daripada masalah hutang gaji di Malaysia adalah melibatkan Hanelang FC, Terengganu City FC (TCFC), Kuantan FA dan Marcerra United.

FOTO: Perlis Northern Lions

Sejak beberapa minggu yang lalu, Perlis FA menjadi perhatian media kerana isu tunggakan gaji. Namun Presiden PFA, Datuk Ahmad Amizal Shaifit Ahmad Rafie menyatakan bahawa pihak PFA sentiasa pro aktif dalam menangani pelbagai permasalahan termasuk isu gaji.

Secara keseluruhan FAM mempunyai 262 kes pemain dan pegawai tidak dibayar gaji setakat ini. Seharusnya semua pihak mengambil ikhtibar akan apa yang pernah berlaku terhadap arena bola sepak negara yang dicemari unsur rasuah pada 1990an dulu.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN