Quantcast

LIGA MALAYSIA

Permulaan Liga Tidak Begitu Baik, Mehmed Durakovic Tetap Tenang

Nampaknya, musim liga mereka bergerak dengan cukup perlahanan selepas 2 perlawanan.

Pengendali pasukan Perak, Mehmed Durakovic mengatakan yang beliau tidak gusar akan prestasi skuadnya selepas 2 perlawanan.

Menurut laman Sinar Harian, jurulatih dari Australia itu mengatakan dirinya tidak risau dengan persembahan pasukannya yang tidak lagi mencatatkan sebarang kemenangan dari 2 perlawanan.

Hal ini kerana, beliau menganggap pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) dan juga Kedah adalah calon pilihan untuk menjuarai liga musim ini.

Malah, bekas pemenang Piala Malaysia sebagai pemain dan jurulatih bersama Selangor ini tidak lagi panik kerana perjalanan liga masih lagi jauh.

“Kalau diikutkan perlawanan sebelum ini, kami menentang Johor Darul Ta’zim yang jelas dibarisi para pemain yang cukup berkualiti.”

“Kedah juga merupakan pasukan yang cukup hebat dan merupakan calon untuk memenangi liga.”

Perak mengharungi 2 perlawanan sukar dalam aksi pembukaan Liga Super 2019 apabila bertemu JDT dalam aksi Piala Sumbangsih di Larkin.

Mereka tewas 1-0 dalam aksi yang jelas didominasi oleh pasukan tuan rumah.

Dalam aksi pertama mereka di Stadium Perak untuk saingan liga, skuad The Bos Gaurus mengharungi perlawanan sukar menentang Kedah.

Dengan aksi yang turut diselangi dengan insiden pengadil perlawanan mengalami kejang otot, Perak hanya mampu seri 1-1 walaupun mempunyai sedikit penguasan ke atas Kedah.

Ujian Perak di awal musim semakin getir apabila mereka akan bertemu dengan Kitchee FC pada esok untuk memulakan perjalanan mereka ke saingan bola sepak tertinggi Asia.

Mereka akan beraksi di Stadium Perak.

KEMASKINI TERUS KEPADA ANDA!

Jadi yang pertama mendapatkan kemaskini dari kami melalui emel!