‘Kau Kini Di JDT’ – De Paula Label Daniel Ting Bodoh Di Instagram

Di sebalik kemeriahan bola sepak tempatan kini yang tampil dengan pelbagai cerita dan kontroversi, suasana di media sosial juga tidak kurang sensasi, apabila peminat terus terhibur dengan telatah pemain kebangsaan iaitu Guilherme de Paula.

Semalam, pertahanan terbaharu Johor Darul Ta’zim (JDT) iaitu Daniel Ting telah memuat naik gambar beliau ketika bersama kelab lamanya, Kuala Lumpur City (KL City) tahun lalu di Instagram.

Dalam gambar tersebut turut disertakan sekali bersama kenyataan beliau mengucapkan terima kasih kepada KL City kerana menjadikan dirinya sebagai salah seorang pemain terbaik.

Rata-rata komen adalah daripada penyokong KL City serta beberapa bekas rakan sepasukan beliau yang memberikan pelbagai pandangan buat Daniel Ting.

Namun sesuatu mencuri tumpuan apabila komen daripada de Paula turut memeriahkan gambar tersebut apabila beliau dengan cara bergurau meminta Daniel Ting memadam kenyataan tersebut kerana beliau kini merupakan pemain JDT.

“Delete hehehehhe you are in JDT bodoh hehehee,” komen de Paula kepada Daniel Ting di Instagram secara bergurau.

Komen tersebut nyata mendapat jumlah sukaan yang tinggi serta balasan komen daripada para penyokong dengan perspektif yang berbeza.

Untuk rekod, de Paula sendiri merupakan bekas pemain KL City sejak musim 2017 sehingga 2019 dengan mencatat rekod sebagai salah seorang penjaring terbanyak ketika bersama kelab tersebut.

Beliau juga ketika itu telah berjaya membantu KL City meraih gelaran juara Liga Premier pada tahun 2017 serta menjadi penjaring terbanyak pada tahun tersebut dengan 27 gol dicatat.

Dalam masa sama, Kapten KL City iaitu Paulo Josue turut mengucapkan yang terbaik buat masa depan Daniel Ting selain kagum dengan aksi pemain tersebut tahun lalu.

Bekas rakan pertahanan beliau sebelum ini iaitu Giancarlo Gallifuoco turut memberi maklum balas di ruangan komen dengan merindui aksi pemain tersebut pada tahun lalu.

Daniel Ting pada tahun lalu boleh dianggap sebagai salah seorang paling konsisten bersama KL City menerusi aksinya yang positif selaku pemain pertahanan.

Bersama KL City, beliau berjaya membantu kelab tersebut meraih gelaran juara Piala Malaysia 2021 setelah menumpaskan JDT di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ).

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN