Walaupun mungkin nampak mudah, tetapi bagi bek tengah Johor Darul Ta’zim (JDT), Mauricio dos Santos, bermain untuk Harimau Selatan dan pemilik pasukan, TMJ, tiada masa untuk mereka bersenang-lenang.
Dari kaca matanya, DYAM Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim atau Tunku Mahkota Johor (TMJ) adalah pemilik pasukan yang sentiasa dahagakan kejayaan terutamanya kejayaan ‘baharu’. Ini yang tidak akan memberikan masa untuk pemain berasa selesa bermain untuk JDT. Namun, Mauricio akui sukakan tekanan sebegitu.
Johor Darul Ta'zim FC defender Mauricio was interviewed by Russian sports agency Sport-Express in Dubai. Founded in 1991, the agency is the biggest-selling sports newspaper in Russia, with a daily audience of over 700,000 readers.
[1/8] pic.twitter.com/RvKLrLQfHj
— JOHORSouthernTigers (@OfficialJohor) February 6, 2022
Bercakap kepada Sport Express Rusia, Mauricio yang turut dikenali di Rusia kerana pernah bermain secara pinjaman bersama Spartak Moscow berkata, rasa tanggungjawab ketika menyarung jersi JDT adalah besar kerana TMJ yang mahukan yang terbaik apabila beliau sentiasa memberikan yang terbaik kepada pemain.
“Sebagaimana yang saya katakan sebelum ini, TMJ sentiasa berikan yang terbaik kepada kami, para pemain. Jadi, logiknya, dia mahukan yang terbaik. Kami cuba berikan semula yang terbaik,” ujarnya.
“Tanggungjawab [di sini] adalah besar. Jujurnya saya suka sebegitu. Anda tidak boleh benarkan diri anda bersenang walaupun sekejap. Anda perlukan dapatkan yang terbaik dalam setiap aksi, keputusan dan tentunya kejuaraan,” jelas Mauricio lanjut dalam temu ramah yang dijalankan di Dubai tersebut.
“Bila kami menang ke atas musuh ketat atau menang kejuaraan, dia akan pamerkan kegembiraannya dan menunjukkan betapa pentingnya kemenangan tersebut kepadanya. Pada masa yang sama, TMJ juga sentiasa mahukan kejuaraan baharu dan tidak benarkan kami bersenang-lenang,” tambahnya.
JDT are pleased to announce the signing of Brazilian defender Mauricio dos Santos Nascimento. The former Lazio, Spartak Moscow & Sporting Lisbon defender joins JDT's 2019 squad that becomes the first Malaysian side to play in the AFC Champions League.
Welcome, Mauricio! pic.twitter.com/5Q39Nq4bUw
— HRH Crown Prince of Johor (@HRHJohorII) October 22, 2018
Beliau ditemu ramah oleh wartawan tersebut yang mengenalinya sebelum ini yang pernah beraksi bersama Spartak Moscow. JDT bertemu kelab tersebut dalam aksi pemanas badan yang berakhir dengan seri 1-1.
Beliau pernah beraksi di sana selama semusim iaitu pada musim 2016/17, dipinjamkan daripada kelab Serie A, Lazio. Bersama Spartak Moscow, Mauricio telah diturunkan dalam 10 perlawanan dan meledak satu gol, malah turut berjaya meraih kejuaraan Russian Premier League bersama juara 22 kali Liga Rusia tersebut ketika itu.
Sebelum pertembungan tersebut, Spartak Moscow turut mengenang Mauricio sebagai bekas pemain mereka. Ciapnya mereka di Twitter, “Despite being thousands of kilometres away, the two clubs share a common link; Brazilian defender Mauricio! The centre-back played for Spartak a few years ago, and is now at Johor.”
🇲🇾 Up next, we'll be playing a friendly against Malaysian giants @OfficialJohor.
Despite being thousands of kilometres away, the two clubs share a common link; Brazilian defender Mauricio!
The centre-back played for Spartak a few years ago, and is now at Johor 🛡 pic.twitter.com/COxM4Nlix6
— FC Spartak Moscow (@fcsm_eng) February 3, 2022
Sebagai pemain import, selalunya mereka berasa selesa kerana tentunya akan mendapat tempat untuk beraksi, tidak kira bagaimana prestasi mereka. Namun, jika diamati kata-kata TMJ dalam temu bual bersama Astro Arena baru-baru ini, di JDT pada saat ini, pemain import juga akan berasa tekanan untuk beri yang terbaik.
Membuat rombakan dan memiliki sembilan pemain import yang boleh dikatakan setaraf pada musim ini, bak kata Mauricio yang TMJ mahukan pemain import juga berasa tidak ‘senang’ seperti pemain tempatan.
“Kita ada pemain-pemain tempatan yang sentiasa bersaing untuk tempat, tetapi untuk pemain import, mereka selesa. Kerana, dia lah satu pemain import. Dia tahu setiap ‘game’, dia akan ‘first eleven’.
“Tetapi, saya tukar strategi di JDT. Oleh kerana saya ada ‘feeder team’, saya letak di setiap posisi, ada dua atau tiga pemain import. Jadi, mereka juga perlu bersaing,” jelas TMJ tentang polisi baharu JDT.
JDT memiliki sembilan pemain import musim ini iaitu:
- Shane Lowry (Australia)
- Carli de Murga (Filipina/Sepanyol)
- Mauricio (Brazil)
- Leandro Velazquez (Argentina)
- Bergson da Silva (Brazil)
- Bienvenido Maranon (Filipina/Sepanyol)
- Fernando Forestieri (Argentina)
- Fernando Rodriguez (Sepanyol)
- Moussa Sidibe (Sepanyol/Mali)
Bakal Gah Dengan 9 ‘Aset’ Import, JDT Idam Bolot Semua Kejuaraan Domestik Semusim?
Walaupun memiliki sembilan pemain import, ia sebenarnya masih boleh dianggap normal. Mengapa? Mereka memiliki skuad simpanan iaitu JDT II yang bersaing di Liga Premier. Situasi yang sama dengan pasukan lain antaranya Selangor FC dan Terengganu FC. Maksimum pemain import yang boleh dimiliki sembilan orang.
Menurut kenyataan terbaharu daripada Pengarah Teknikal JDT, Alistair Edwards, skuad musim depan adalah besar bagi mengharungi empat kejohanan utama seperti AFC Champions League, Liga Super, Piala Malaysia serta kembalinya Piala FA yang akan kembali dipertandingkan musim depan. Ia penting untuk rotasi pemain.
Memetik katanya, “Harimau Selatan berpotensi bermain 50 perlawanan pada musim 2022 bergantung kepada kemaraan ke pusingan terakhir dalam pertandingan Piala. Justeru, skuad besar yang berkualiti diperlukan untuk penggiliran pemain dan memastikan pasukan berada pada tahap optimum untuk semua pertandingan.”
“Akan ada pemain yang terlibat dalam sistem penggiliran juga akan menyaksikan mereka bermain untuk JDT II untuk mendapatkan ‘match fitness’ dan memastikan mereka bersedia untuk pasukan utama pada bila-bila masa,” jelas lanjut kenyataan Alistair Edwards yang telah dimuat naik di laman sosial Johor Southern Tigers.