“Di Etihad, kami begitu sukar untuk ditewaskan,” itu ungkapan Jack Grealish untuk aksi timbal balik bertemu Real Madrid dan ia menjadi realiti apabila gergasi LaLiga itu tumbang 0-4 kepada Manchester City, awal pagi tadi.
Bukan satu, bukan dua, tetapi empat gol dilepaskan Thibaut Courtois untuk memberi laluan buat The Citizens mara ke pentas final UEFA Champions League (UCL), menyamai pencapaian di dua edisi yang lalu, edisi 2020/21.
Man City mara ke pentas final hasil agregat 5-1 ke atas Real Madrid.
Courtois sudah memberikan segalanya antaranya satu aksi menyelamat yang menakjubkan tetapi keseluruhan Man City terbukti ampuh di Etihad.
“Kami bergelut untuk kembali ke dalam perlawanan,” ungkap Courtois dalam nada kecewa selepas pelawanan, dipetik daripada portal rasmi pasukan itu.
DON THIBAUT COURTOIS.
MEJOR PORTERO DEL MUNDO.
— ️ٓ️ (@CocoExiliado) May 17, 2023
“Mereka benar-benar menekan kami di garisan tinggi sejak awal perlawanan, tidak benarkan kami memegang bola dan mereka menekan kami dengan begitu ramai pemain sehingga kami terpaku di kawasan sendiri,” ujarnya.
Jadi, apa yang dikatakan Grealish – mereka sangat kuat di Etihad ternyata benar, bukan cakap kosong. Setakat ini, mereka melebarkan rekod kepada 15 kemenangan dalam 15 aksi di gelanggang sendiri pada tahun 2023.
Bernardo Silva meletak Man City di depan pada minit ke-23 pada ketika mereka mendominasi perlawanan dengan 81 peratus penguasaan bola.
Saat itu mereka merekodkan 202 ‘completed passes’ berbanding 28 oleh lawan. Ternyata, Man City mahu membaham lawan sejak sepak mula lagi.
Mereka menyerbu lawan, melepaskan deretan percubaan dan Real Madrid hanya mampu melirik jauh dan akhirnya kecundang layu di laman lawan.
Minit ke-37, sekali lagi Silva mempamerkan sentuhan penyudahnya. Gol kedua diledaknya untuk Man City selesa melangkah ke bilik persalinan.
Bernardo Silva's game by numbers vs. Real Madrid:
90% pass accuracy
81 touches
58 passes
6 duels won
5 x possession won final ⅓
5 touches in opp. box
3 shots
3 shots on target
3 take-ons completed
2 goalsStepping up (again). #UCL pic.twitter.com/gMOLIEI1P6
— Squawka Live (@Squawka_Live) May 17, 2023
Seperti kata artikel di The Athletic, begitu sukar untuk membayangkan bagaimana Silva melakukan apa yang dilakukannya, “Pemain paling kecil di padang dan sering dilihat seperti memakai jersi besar. Bagaimana anda mencari ruang dengan begitu mudah, begitu kerap, dan sangat semula jadi?”
Adakah ia adalah atas faktor bermain di padang dan stadium sendiri?
Manuel Akanji meletak The Citizens tiga gol di depan selepas menyentuh sepakan sepakan percuma Kevin De Bruyne pada minit ke-76 di saat pelawat sedang cuba untuk kembali bangkit walaupun serba gagal.
Real Madrid perlu berterima kasih kepada Courtois atas usahanya membendung aksi garang lawan sebelum Akanji mencetak gol ketiga.
Julian Alvares melengkapkan malam gemilang Man City dengan gol ke-4 pada penghujung perlawanan untuk membenam terus hayat pelawat.
City are on an unbeaten run of 22 games.
City are unbeaten at home in 2023.
City haven’t lost at home in the Champions League since 2018.
Real Madrid have never won at the Etihad. pic.twitter.com/3huIkBpY4O— Mehul Gupta 🏆🏆🏆 (@mehulg10) May 17, 2023
Untuk rekod di UCL, Man City kebal di laman sendiri selepas kali terakhir tewas pada 2018 – tewas 1-2 kepada Lyon. Selepas aksi tersebut sehingga sebelum aksi berdepan ‘Los Blancos’, mereka telah beraksi 25 perlawanan di Etihad. Mereka menang 23 perlawanan dan hanya seri dua kali.
Untuk itu, mereka telah mencetak 81 gol dan melepaskan hanya 18 gol.
Di saingan liga, rekod laman sendiri mereka sangat memberangsangkan. 82 peratus kemenangan direkodkan sejak beberapa tahun kebelakangan ini.
Pep Guardiola juga mengatakan akan mengubah sedikit rentak permainan disebabkan akan bermain di halaman sendiri selepas terikat 1-1 tempohari, “Di laman sendiri kami berasa selesa bermain di depan penyokong kami.”
Apa reaksi Grealish selepas ‘ramalannya’ jadi kenyataan? “Begini, saya tidak tahu bagaimana perasaan saya ketika ini. Saya hilang kata-kata dan tak tahu nak cakap apa,” ujarnya sambil terungkap kata tak sepatutnya – ‘F-words’.
Ramalanmu benar belaka, Jack Grealish apabila Real Madrid tumbang!