Kasper Schmeichel Masih Tak Percaya Pemilik Leicester City Sudah Tiada

Penjaga gol Leicester City, Kasper Schmeichel merupakan orang yang pertama bergegas ke tempat kejadian sejurus selepas mendapat tahu mengenai tragedi yang menimpa helikopter pemilik kelab itu, Vichai Srivaddhanaprabha di luar Stadium King Power.

Seorang saksi memberitahu saluran berita BBC, pemain Denmark itu terkejut, terdiam serta menangis sebaik sahaja tiba di lokasi kemalangan ketika cuba mendekati helikopter yang jatuh di atas deretan kereta.

BBC turut melaporkan, hartawan Thailand itu berada di atas helikopter tersebut ketika ia terhempas.

Anak perempuannya, Voramas Raksriaksorn bersama dua juruterbang dan seorang lagi individu tidak dikenali juga dikatakan berada dalam helikopter malang itu.

Mereka meninggalkan stadium selepas menonton aksi Liga Perdana Inggeris menentang West Ham yang berkesudahan seri 1-1.

Seorang saksi memberitahu Sky News, “Saya melihat Kasper berlari, sebelum ditenangkan oleh anggota keselamatan dan ­steward stadium.

“Saya berdiri di luar stadium ketika kejadian berlaku tetapi helikopter itu jatuh di bahagian lain. Harap semuanya selamat”.

Schmeichel yang me­nyarung jersi Leicester sejak 2011 menyertai orang ramai yang berkumpul di luar stadium untuk mendapatkan perkembangan, dan tidak berganjak meskipun selepas beberapa jam perlawanan berakhir.

Bagaimanapun, tiada wakil kelab mahupun syarikat milik Vichai, King Power International mengesahkan mengenai identiti mangsa terkorban.

Schmeichel meluahkan di laman twitternya melahirkan rasa tidak percaya dengan apa yang menimpa pemilik kelab kesayangan mereka itu.

“Saya benar-benar sedih dan tidak dapat mempercayai apa yang saya lihat bila tiba di tempat kejadian. Ianya sukar untuk diluahkan dalam bentuk kata-kata kerana beliau sangat disayangi oleh penyokong dan penduduk bandar Leicester,” katanya.

Sumber dalaman Leicester ha­nya memberitahu Sky News bahawa anak lelaki Vichai yang juga naib pengerusi kelab, Aiyawatt tiada dalam helikopter itu.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN