Jurgen Klopp menzahirkan rasa simpati beliau ke atas Manchester City yang digantung daripada menyertai UCL untuk dua musim kerana kesalahan melanggar Financial Fair Play (FFP).
Kesalahan tersebut dilakukan dari 2012 sehingga 2016. Manchester City dalam proses untuk merayu keputusan tersebut di Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS).
Musim lalu, pasukan bimbingan Klopp dan Guardiola bersaing dalam perebutan liga yang paling sengit di antara mereka. Di mana Liverpool hanya kalah 1 mata di belakang Man City.
Liverpool gagal juara meskipun cuma kalah sekali. Dan kini The Reds di landasan terbaik untuk menjuarai EPL. Liverpool menang 1-0 ke atas Norwich untuk menjarakkan jurang mata kepada 25 mata daripada Man City.
Bercakap kepada wartawan selepas kemenangan di Carrow Road, Klopp berkata: “Ianya perkara yang mengejutkan apabila ia keluar. Memang mengejutkan.”
“Saya orang bola sepak, jadi saya hanya tahu bercakap tentang bola sepak dan Pep sudah melakukan perkara yang yang luar biasa di England.”
Those who hate to see Liverpool do well, out of bitterness or jealousy or even hatred of the city and its people, through too many years of reading the wrong “newspapers” and believing pathetic false stereotypes, will hate the way Klopp answered this.pic.twitter.com/VfHRWoo6uH
— Jim Boardman (@JimBoardman) February 15, 2020
“Yang lain itu, saya tahu. Cuma pada masa ini, saya tak dapat bayangkan betapa sukarnya untuk orang nak faham sukan.”
“Kamu percayakan orang yang bekerja dengan kamu dan orang lain melihat ianya pada sudut yang sangat berbeza.”
“Saya simpati kepada Pep dan para pemain [City]. Mereka baru dijatuhkan hukuman, dan mereka akan merayu perkara ini. Dan selepas ini, kita tengoklah apa yang akan berlaku.”
“Jelas sekali ianya serius, kalau tak, UEFA tidak akan bertindak seperti itu.”
“Bola sepak yang dimainkan oleh City adalah luar biasa, dan ianya memang luar biasa.”