Selepas melalui dua musim yang mengecewakan sepanjang dipinjamkan ke kelab Turki, Besiktas, Lorius Karius yang sudah kembali ke Liverpool percaya beliau mampu memberi cabaran kepada Alisson Becker untuk posisi penjaga gol utama di Anfield.
Penjaga gol warga Jerman itu yang sudah pun kehilangan jersi nombor satu selepas mempamerkan aksi mengecewakan dalam perlawanan akhir Liga Juara-Juara Eropah yang menyaksikan Liverpool tewas 3-1 kepada Real Madrid dengan dua gol yang diperoleh pihak lawan adalah disebabkan kesilapannya.
Namun menurut laporan Sport Bible, Karius bertegas tidak mahu meninggalkan The Reds sekiranya kelab yang mahu mendapatkannya tidak dapat menjanjikan kedudukan selaku penjaga gol utama.
Loris Karius sends message to Alisson as he vows to fight for Liverpool No.1 spot https://t.co/IeClnC3NKo pic.twitter.com/Sqv7zCB0k0
— Mirror Football (@MirrorFootball) June 12, 2020
“Sudah tentu saya mahu bermain sekiranya perlu berpindah ke kelab lain,” kata Karius mengenai masa depannya.
“Tak masuk akal jika saya mahu meninggalkan Liverpool untuk bermain kelab yang teruk dan saya hanya menjadi penjaga gol kedua di sana. Tetapi buat masa ini saya tidak ada dalam tekanan, tiada apa yang berubah.
“Saya boleh terus berusaha keras dalam latihan. Sebagai penjaga gol kedua di England, kamu tahu yang kamu masih mempunyai peluang [merebut tempat].
“Saya sekarang ini di kelab terbaik di dunia yang bersaing merebut trofi kejuaraan setiap musim dan pemain terbaik dunia ada di sekeliling saya setiap hari di pusat latihan. Jadi saya yakin kedudukan saya di Liverpool masih selamat.
Loris Karius expects to be playing at Liverpool in 2020-21 after his Besiktas loan was terminated 👀 pic.twitter.com/82LWeSpoXI
— B/R Football (@brfootball) June 12, 2020
“Saya mahu terus bermain di peringkat tertinggi selama mana yang boleh. Sudah tentu sebagai pemain bola sepak, saya mahu memenangi satu atau dua trofi. Jadi saya akan berikan persembahan terbaik sekiranya diberi peluang.
“Sekarang di Liverpool, saya adalah pencabar untuk posisi itu. Apabila saya diminta untuk bermain, saya akan beraksi sebaik mungkin untuk membantu pasukan. Tidak kira sama ada saya No. 1 atau No. 2, saya akan berikan yang terbaik.”
Bagaimanapun, ‘keyakinan’ yang dijelmakan Karius itu agak jauh daripada realiti sebenar memandangkan kedudukan Alisson yang juga penjaga gol kedua termahal dunia itu tidak pernah tergugat sejak tiba dari Roma pada 2018 dan gandingannya dengan Virgil Van Dijk telah membentuk unit pertahanan terbaik di dunia.
Pada awal musim ini, Alisson telah dilanda kecederaan termasuk terlepas perlawanan UEFA Super Cup dan diganti dengan bekas penjaga gol West Ham united, Adrian.
Kredit Foto: Getty Images