Karius Bawa Kes Tunggakan Gaji Ke FIFA Untuk Saman Besiktas

Penjaga gol Liverpool, Loris Karius dikatakan telah menghubungi FIFA untuk mengheret Besiktas ke muka pengadilan berhubung gaji pemain itu yang tidak dibayar.

Ia bukan penghijrahan yang diimpikan oleh Karius bersama kelab Turki itu setelah dipinjamkan dari Liverpool pada musim panas lalu.

Idea untuk ke Besiktas adalah untuk memulihkan karier beliau yang berhadapan dengan krisis keyakinan setelah insiden kesilapan di perlawanan akhir UEFA Champions League musim lalu.

ISTANBUL, TURKEY – OCTOBER 29: Loris Karius of Besiktas gestures during Turkish Super Lig football match between Besiktas and Caykur Rizespor at Vodafone Park in Istanbul, Turkey on October 29, 2018. (Photo by Serhat Cagdas/Anadolu Agency/Getty Images)

Namun kini Karius berhadapan dengan perkara sebaliknya.

Menurut BILD, Karius sudah tidak dibayar gaji selama empat bulan – melibatkan tunggakan sehingga €1 juta.

Penjaga gol berusia 25 tahun itu mulai mengambil tindakan undang-undang pada 20 Februari lalu untuk menuntut bayaran dilakukan di dalam tempoh 10 hari. Setelah tempoh itu berakhir, Karius tiada pilihan selain daripada meminta bantuan daripada FIFA.

Goal dalam satu laporan berasingan berkata Besiktas berkemungkinan akan menerima potongan mata di Super Lig dan juga akan disingkirkan dari beraksi di pertandingan eropah.

Besiktas kini menduduki tangga ketiga Super Lig, lima mata di belakang Galatasaray dan 13 mata di belakang pendahulu, Istanbul Basaksehir.

Karius kekal penjaga gol nombor satu Senol Gunes walaupun tampil dengan beberapa siri kesilapan bersama kelab Turki itu musim ini.

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN