Lionel Messi Terkejut Juventus Lepasi Halangan, Puji Aksi Mengagumkan Cristiano Ronaldo

Ronaldo

Lionel Messi yang mempamerkan aksi menarik pada perlawanan menentang Lyon awal pagi tadi mengakui bahawa beliau terkejut melihat Juventus berjaya melepasi halangan untuk layak ke peringkat suku akhir Liga Juara-Juara Eropah 2018/19.

Dalam pada itu, beliau turut memuji prestasi mengagumkan yang ditampilkan seterunya, Cristiano Ronaldo pada perlawanan di Alliaz Stadium itu.

Pada perlawanan bertemu Atletico Madrid awal pagi semalam, skuad bimbingan Massimiliano Allegri itu berjaya bangkit dari kekalahan 0-2 di Madrid untuk menang 3-0 hasil jaringan hatrik dihasilkan Ronaldo.

Ia sekaligus memberikan kemenangan 3-2 secara aggregit buat Juventus.

Keadaan tersebut jelas mengejutkan Messi yang pada awalnya merasakan Juventus bakal menghadapi kesukaran apabila bertemu Atletico Madrid.

BARCELONA, SPAIN – DECEMBER 03: Lionel Messi of FC Barcelona conducts the ball next to Cristiano Ronaldo of Real Madrid CF during the La Liga match between FC Barcelona and Real Madrid CF at Camp Nou stadium on December 3, 2016 in Barcelona, Spain. (Photo by Alex Caparros/Getty Images)

”Cristiano (Ronaldo) dan Juventus sangat mengagumkan.”

”Ia merupakan satu kejutan besar kerana saya merasakan Atletico (Madrid) akan menjadi lebih kuat,” ujar Messi yang bercakap kepada wartawan selepas perlawanan bertemu Lyon.

”Tetapi Juventus berjaya mengalahkan mereka dan Cristiano menikmati malam yang ajaib dengan tiga gol dihasilkannya.”

Perseteruan Messi dan Ronaldo tidak perlu diperkatakan lagi apabila kedua-dua bintang itu saling bersaing secara sihat dalam menonjolkan kebolehan yang dimiliki.

Peminat setia mereka juga seringkali berbalah untuk menegakkan pendapat tentang kejaguhan idola masing-masing.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN