Karim Adeyemi Tolak Lamaran Man Utd, Ejen Sahkan Bakal Berhijrah Ke Borussia Dortmund Ganti Haaland

Karim Adeyemi Manchester United Borussia Dortmund

Prestasi terumbang-ambing Manchester United sejak beberapa musim kebelakangan ini ternyata turut memberi kesan kepada aktiviti perpindahannya.

Terbaharu, prospek muda Jerman yang beraksi bersama Red Bull Salzburg, Karim Adeyemi menjadi pemain terbaharu yang menolak tawaran kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) tersebut.

Perkara tersebut disahkan sendiri oleh ejen pemain berkenaan, Thomas Solomon yang memaklumkan Adeyemi telah pun bersetuju untuk menyertai Borussia Dortmund pada musim panas ini.

Beliau mengakui pengurus United, Ralf Rangnick yang ada menghubunginya untuk berunding. Jurulatih Jerman tersebut memiliki hubungan kuat dengan sistem bola sepak Red Bull melibatkan RB Salzburg dan RB Leipzig.

Manchester United sedang mencari sekurang-kurangnya dua penyerang baharu untuk dibawa masuk ke Old Trafford pada musim panas ini dan Adeyemi menjadi salah satu sasaran utama.

“Rangnick? Ya, Manchester berhasrat menyertai perlumbaan, tetapi kami pilih BVB,” ujar Solomon yang dihubungi pakar perpindahan Farbrizio Romano.

“Kami semakin hampir untuk menyelesaikan rundingan dengan Borussia Dortmund. Tiada klausa pelepasan dimasukkan dalam kontraknya yang dijangka selama lima tahun.”

Urus niaga ini seolah-olah mengulangi perpindahan dua tahun lalu selepas Dortmund berjaya memancing Erling Haaland dari Salzburg yang menjadi salah satu perpindahan paling berjaya di Eropah.

Minggu lalu Dortmund mengesahkan pembelian pemain pertahanan, Nico Schlotterbeck dari SC Freiburg dan turut berjaya membawa masuk Niklas Sule dari Bayern Munich.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN