Kapten Wolverhampton Wanderers, Conor Coady secara terbuka mengkritik penggunaan VAR dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) yang disifatkan sebagai ‘tidak masuk akal’ selepas pasukannya berdepan dengan dua keputusan kontroversi sewaktu tewas kepada pendahulu liga, Liverpool pada Ahad.
Gol Sadio Mane pada minit ke-42 telah dibatalkan oleh pengadil Anthony Taylor kerana mendakwa bola terkena tangan Adam Lallana sebelum jaringan dilakukan. Selepas menunggu beberapa minit, VAR telah membatalkan keputusan tersebut dan memberikan gol kepada Liverpool.
Dua minit kemudian, Wolves menyamakan kedudukan menerusi rembatan Pedro Neto. Malangnya gol tersebut dibatalkan selepas semakan VAR mendapati sebelum itu Jonny Otto yang menerima bola berada pada kedudukan ofsaid yang amat sukar untuk dilihat.
https://twitter.com/TheSoccerOnion/status/1211387618941902854?s=20
Coady yang datang dari akademi Liverpool ternyata tidak berpuas hati dengan dua keputusan itu dan beliau menyeru agar perlaksanaan sistem itu dapat digunakan dengan lebih berkesan untuk saingan tertinggi bola sepak di England.
“Kami rasa amat sukar untuk diterima. Kepala saya tidak mampu untuk menghadamnya. Ianya tidak masuk akal,” kata Coady kepada Sky Sports.
“Pada saya VAR tidak berfungsi dengan sewajarnya. Segelintir pihak mengatakan ianya adalah untuk mendapatkan keputusan yang tepat, tetapi kami pemain yang ada di atas padang tidak merasakan ianya adil untuk kami.”
Coady menjelaskan pasukannya tidak diberikan keadilan yang sewajarnya bukan sahaja melibat keputusan kawalan bola oleh Lallana yang dilihat menggunakan tangan, tetapi juga sebelum itu di mana Virgil Van Dijk yang membuat hantaran jauh kepada Lallana.
https://twitter.com/OfficialAN_87/status/1211370449961136134?s=20
“Pada saya ianya sangat dahsyat, ianya sukar untuk diterima,” katanya lagi.
“Kami sudah jelaskan bola terkena tangan Van Dijk, tetapi pengadil memberitahu saya Van Dijk terlalu jauh sedangkan dia yang membuat hantaran jauh itu. VAR telah memberi kesan yang buruk dalam perlawanan ini.
“Ianya masih mengelirukan. Saya masih tidak faham apa yang berlaku apabila tidak mendapat jawapan yang memuaskan hati.”
Dalam perlawanan menentang Manchester City tempoh hari, Wolves juga terkesan dengan keputusan VAR yang memberikan penalti selepas Riyad Mahrez dijatuhkan oleh Leander Dendoncker.
Tough to take.
"What is it an armpit that's offside, or a toe, or something like that?"
It's safe to say that Conor Coady is not a fan of VAR. #bbcfootball pic.twitter.com/HiiTPuZ215
— BBC Sport (@BBCSport) December 29, 2019
Sepakan penalti yang diambil Raheem Sterling diselamatkan penjaga gol Rui Patricio. Namun semakan VAR mendapati Coady yang mengeluarkan bola yang diselamatkan itu memasuki petak penalti terlalu awal dan City diberikan sepakan penalti semula.
“Ianya sukar untuk diterima. Ianya berlaku dua kali dalam dua perlawanan terakhir kami ketika menentang dua pasukan terbaik di dunia.”