Liga M3 2020: KSR SAINS Tak Mahu Jadi Pasukan ‘Cukup Syarat’

KSR SAINS

Juara sulung pusingan play offs ke Liga M3, KSR SAINS tidak mahu kehadiran dalam pentas Liga M3 2020 sekadar ‘cukup syarat’ sebaliknya mereka serius mahu memberikan impak pada tahun pertama penyertaan mereka.

Justeru, KSR SAINS akan cuba melakukan perbincangan dengan Persatuan Bolasepak Negeri Sembilan (PBNS) bagi mendapatkan pemain-pemain berpotensi terutama bakat muda yang berasal dari Negeri Sembilan bagi memperkukuhkan cabaran pasukan.

Ketua jurulatihnya, Syed Mazlan Syed Zubir juga mendedahkan jika faktor kewangan mengizinkan, beliau berharap pihak pengurusan mampu mendapatkan dua tenaga import bagi memastikan mereka mampu bersaing di tahap lebih baik.

“Mungkin saya boleh katakan buat masa ini kami mahu dapatkan beberapa pemain berkualiti lagi bagi hadapi M3, terutama anak Negeri Sembilan dan selepas ini, kami akan lakukan perbincangan dengan PBNS.

Syed Mazlan Syed Zubir

“Kami akan perhalusi beberapa kekurangan dalam pasukan kerana KSR SAINS memang cukup serius selepas muncul juara saingan play offs ini yang saya harap mampu jadi pemangkin semangat kepada semua pihak.

“Malah saya harap jika ada bajet, saya harap boleh mengambil satu atau dua pemain luar untuk memastikan KSR Sains lagi mantap untuk beri saingan, “ katanya.

KSR SAINS muncul juara pada Sabtu lalu di Stadium UiTM Shah Alam selepas jaringan tunggal pemain gantian, Norfaizzal Faroq Zainuddin pada minit 89 sudah cukup memastikan Ikram Muda FC berputih mata dengan kemenangan tipis 1-0.

Kemenangan itu secara tidak langsung menobatkan KSR SAINS yang merupakan juara Piala Presiden PBNS sebagai juara keseluruhan Liga M4 selepas persaingan membabitkan wakil 16 pasukan dari semua saingan Liga M4.

Kredit foto: Amateur Football League

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN