Kapten Pasukan Bola Sepak Tragedi Gua Thailand Kini Meninggal Dunia

Duangpetch Promthep

Ketua pasukan kepada pasukan bola sepak remaja Thailand yang pernah terperangkap dalam sebuah gua di negara tersebut satu ketika dahulu kini dilaporkan telah meninggal dunia.

Duangpetch Promthep, 18, dilaporkan telah meninggal dunia di England selepas mengalami “kemalangan” sewaktu di akademi bola sepak yang disertainya.

Menurut laporan Yahoo! News, Duangpetch yang dikenali sebagai Dom dikatakan mengalami kecederaan di bahagian kepala ketika berada di Brooke House College Football Academy dekat Leicestershire.

Dom yang merupakan pelajar pertama tajaan yayasan oleh bintang bola sepak Thailand, Kiatisuk Senamuang iaitu Zico Foudation dan mereka adalah pihak pertama yang mengumumkan pemergian pemain tersebut.

“Zico Foundation dengan dukacitanya mengumumkan pemergian Nong Dom Duangphet Phromthep, pelajar tajaan Zico Foundation.

“Punca kematian sebenar akan diumumkan kemudian,” kata pihak Zico Foundation.

Menurut rakan Dom, Prachak Sutham, rakannya itu dianggap sebagai wajah masa hadapan bagi bola sepak Thailand namun Tuhan mempunyai perancangan berbeza.

“Kau kata tunggu dan lihat untuk tengok kau bermain dengan skuad kebangsaan, aku selalu percaya yang kau akan berjaya lakukannya.

“Bila kali terakhir kita berjumpa sebelum kau ke England, aku bergurau yang bila kau pulang aku akan minta autograf daripada kau.

“Berehatlah, wahai kawan. Kita akan sentiasa bersama dengan 13 yang lain,” kata Sutham.

Dom, Sutham antara 13 mangsa yang terperangkap dalam gua yang terselamat di Thailand pada 2018.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN