Dalam saingan Piala FA pusingan ke-4 di antara Oldham dan Doncaster Rovers semalam – satu catatan pelik dan malang dicipta oleh kapten Oldham iaitu Peter Clarke.
Doncaster Rovers mara ke pusingan ke-5 Piala FA buat pertama kali selepas 63 tahun, mengatasi pasukan daripada Liga 2, Oldham. Doncaster di hadapan menerusi, Ben Whiteman yang melakukan percubaan deras dari luar kotak penalti pada minit ke-68.
Aksi ‘heroic’ Peter Clarke
Peter Clarke menjadi wira pasukannya pada minit ke-84 yang menyempurnakan bola – selepas pergelutan daripada situasi bola mati.
Penyokong Oldham kelegaan dan kegembiraan dengan jaringan oleh kapten mereka itu. Clarke beraksi cemerlang sepanjang malam tersebut.
Sebelum itu pada separuh masa pertama, Peter Clarke turut melakukan satu aksi mengeluarkan bola di atas garisan gol untuk memastikan pasukannya terus bersaing.
Clarke menjadi ‘zero’
Namun pada minit ke-90 beliau memberikan penalti kepada pasukan lawan kerana bola terkena tangannya. Dan penalti itu disempurnakan oleh Whiteman.
Pada masa kecederaan 90+6, Peter Clarker dibuang padang dengan kad merah terus (straight) kerana kekasaran berbahaya ke atas Marco Marosi.
Jadi, Clarke telah beraksi cemerlang, melakukan 1 ‘clearance’ atas garisan gol, kemudian beliau menyamakan kedudukan pada minit ke-84. Namun ianya diikuti memberikan penalti kepada lawan dan dilayangkan kad merah.
Doncaster mara ke pusingan ke-5 dan akan berhadapan dengan Fulham.