Kapten Indonesia Sakit Hati Lihat Gelagat Penyokong Garuda

Kapten pasukan kebangsaan Indonesia, Ardhiyasa melahirkan rasa kesal di atas tingkah laku buruk penyokong tuan rumah yang menyerbu ke arah tempat duduk penyokong Malaysia semasa perlawanan sedang berlangsung.

Berdasarkan rakaman video, segelintir penyokong Indonesia dilihat memanjat pagar dan turun ke trek Stadium Utama Gelora Bung Karno (SUGBK) dan membuat provokasi terhadap penyokong pelawat.

Ekor Harimau Malaya yang berada di tempat duduk bahagian bawah juga turut dilempar dengan pelbagai objek daripada penyokong Indonesia di bahagian atas stadium.

Seharusnya pihak berkuasa Indonesia sedar akan risiko menempatkan penyokong tuan rumah di bahagian itu dan menutup bahagian tersebut bagi mengelak insiden seperti yang telah berlaku.

Akibat kejadian itu, pengadil perlawanan dari Korea Selatan terpaksa menghentikan permainan kira-kira 10 minit sehingga keadaan benar-benar tenteram.

“Sejujurnya hati saya lebih sakit melihat kejadian di stadium. Ini benar-benar memalukan Indonesia,” kata Andritany semasa sidang media selepas perlawanan.

“Apa pun keputusannya, kita harus menerimanya. Kita semua di sini mahu mencapai kemenangan. Walaupun keputusan malam ini tidak bagus, tetapi kita harus menerimanya. Jujur sebagai kapten pasukan, saya sangat sedih melihat apa yang dilakukan oleh penyokong kami.”

Meskipun begitu, penjaga gol demikian enggan menjadikan sikap memalukan penyokong tuan rumah itu sebagai penyebab di sebalik kekalahan 2-3 kepada pasukan Malaysia.

Menurut beliau, ahli pasukan perlu menilai dan memperbaiki segala aspek untuk bangkit dari keputusan buruk di hadapan penyokong sendiri.

“Kita tidak mahu beri alasan terganggu [dengan kelakuan penyokong] atau tidak. Kita harus perbaiki semuanya. Kalau [alasan] terganggu, dua pasukan yang terganggu. Kita harus terima [hakikat] ini.

“Buat saya, kekecohan ini tidak mengganggu sama sekali, kerana saya sudah terbiasa [dengan keadaan ini] di liga Indonesia, dan kita tidak boleh terbiasa dengan ini.” Tambahnya lagi.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN