Kantung FAM Tak Cukup Duit Untuk Lantik Jurulatih Import?

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) perlu memikirkan dengan teliti dalam mencari jurulatih baharu untuk Malaysia jika jodoh Tan Cheng Hoe sudah tidak ada lagi untuk Malaysia.

B. Satianathan selaku bekas pengendali skuad negara berkata mengenai pengambilan jurulatih luar ibarat satu perjudian nasib.

Bekas jurulatih kebangsaan itu melihat proses yang perlu diambil FAM dalam mencari pengganti Cheng Hoe memerlukan penelitian dan perlu mengambil kira pelbagai aspek lain.

Antara aspek yang perlu diambil kira pastinya kantung kewangan FAM sama ada cukup atau tidak untuk mendapatkan seorang jurulatih profesional jika ingin melangkah positif.

Sathianathan memberi contoh akan pasukan Vietnam yang mempunyai inisiatif yang bagus untuk mendapatkan Park Hang-seo.

Jelas beliau, Vietnam membayar gaji yang tinggi buat pengendali daripada Korea Selatan itu semata untuk meningkatkan kualiti bola sepak negara mereka.

Separuh daripada gaji beliau ditanggung sendiri oleh Persatuan Bola Sepak Vietnam (VFF) selain pengurus pasukan atau naib presiden skuad itu turut membayar lagi baki separuh.

Berbalik di Malaysia, Satianathan kembali mempersoalkan jika ada yang sanggup membantu FAM untuk membayar gaji seorang jurulatih yang berkualiti.

Beliau melihat trend pengambilan jurulatih dari Jepun dan Korea Selatan sangat meningkat dalam komuniti Asean selain berjaya meninggalkan impak yang baik dalam pasukan.

Satianathan juga berharap jika mana-mana jurulatih baharu yang bakal mengendalikan skuad negara agar tidak diganggu dalam apa jua dilakukan terutama sekali mengenai pemilihan pemain yang diingini.

Bekas pengendali pasukan Selangor itu juga memberi cadangan supaya pemilihan ketua jurulatih tempatan selepas ini hanya untuk yang berkemahiran bola sepak sahaja menilai sebelum diserap masuk.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN