Ini Sebab Keluarga Dangda Jadi Simbol Bola Sepak Thailand Tawan ASEAN & Piala AFF

Penyerang Thailand, Teerasil Dangda mengukuhkan diri di dalam sejarah pertandingan Piala AFF apabila menjadi pemain dengan jaringan terbanyak sepanjang zaman di edisi penganjuran kali ini.

Dua gol jaringan pemain itu dalam perlawanan peringkat kumpulan menentang Filipina pada 14 Disember lalu bermakna Teerasil Dangda sudah menjarakkan diri daripada pemegang rekod sebelumnya, Nor Alam Shah.

Dengan 19 gol terkumpul setakat ini, Teerasil memiliki kelebihan dua jaringan berbanding jumlah jaringan yang telah dihasilkan oleh bekas penyerang Singapura itu.

Dangda kebanggaan Thailand

Maksimum ada lagi dua perlawanan untuk Teerasil Dangda melebarkan rekod jaringan tersebut. Sama ada angka jaringan tersebut akan terus ditambah atau tidak, rekod tersebut pasti akan kekal lama.

Sebagai perbandingan, jumlah 17 gol Nor Alam Shah sebagai penjaring terbanyak sepanjang zaman Piala AFF terpaksa menunggu selama 11 tahun sebelum dipecahkan oleh Teerasil.

Ini kerana pesaing terdekat yang masih aktif, Khairul Amri (Singapura) dan Adisak Kraisorn (Thailand) setakat ini hanya mampu menjaringkan 10 gol.

Berusia 33 tahun, Teerasil Dangda dijangka akan terus membarisi skuad Gajah Perang untuk edisi Piala AFF pada 2022 – di mana beliau berpeluang melebarkan rekod jaringan tersebut.

Bukan satu-satunya Dangda

Rupa-rupanya Teerasil Dangda bukan satu-satunya pemain daripada keluarga Dangda yang menjadi kebanggaan bola sepak Thailand.

Ini kerana di dalam arena bola sepak wanita, Teerasil turut memiliki seorang adik perempuan, iaitu Taneekarn Dangda. Juga merupakan pemain penyerang seperti abangnya, Taneekarn mempunyai rekod jaringan yang cemerlang – telah menyumbat 22 gol daripada 71 penampilan untuk negaranya.

Jika dibandingkan dengan Teerasil, pencapaian Taneekarn juga tidak kurang hebatnya. Beliau telah membantu skuad wanita kebangsaan Thailand muncul juara Piala AFF sebanyak dua kali iaitu pada 2011 dan 2015, selain daripada pingat emas Sukan SEA pada 2013.

Sebagai perbandingan, Teerasil membantu Thailand menjuarai Piala AFF 2016, Piala Raja Thailand 2016, serta emas SEA Games 2007.

Karier luar Thailand

Teerasil dan Taneekarn juga pernah beraksi bersama kelab di luar negera. Meski pun tidak pernah memperkuat barisan kesebelasan utama Manchester City di dalam perlawanan kompetitif, Teerasil tetap boleh berbangga kerana pernah menyarung jersi pasukan lain di serata eropah dan Asia seperti Grashopper (Swiss), Almeria (Sepanyol), serta Sanfrecce Hiroshima dan Shimizu S-Pulse (Jepun).

Sementara itu Taneekarn pernah beraksi bersama kelab Sweden, Ostersunds DFF dan kelab Hong Kong, Yunnan Jiashijing. Malah Taneekarn dianggap lebih berjaya berbanding Teerasil kerana pernah tampil bersama negara di Piala Dunia pada 2015 dan 2019.

Karier luar biasa Teerasil dan Taneekarn di dalam bola sepak tidaklah menghairankan mengambil kira ayah mereka, Prasit Dangda juga pernah bergelar pemain bola sepak dan pernah beraksi bersama Royal Thai Air Force.

Maka tidak hairanlah mengapa nama keluarga Danda begitu terkenal di dalam arena bola sepak di Thailand, dan menjadi simbol pasukan Gajah Putih tawan ASEAN dan Piala AFF.

Sumber:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN