Nama Bradley Lowery terkenal sejak kisah beliau yang menghidap penyakit kanser mendapat perhatian seluruh England.
Malah bukan sahaja di England, tetapi kisah beliau telah mendapat perhatian dari seluruh pelosok dunia – terutamanya para pengikut Premier League.
Bila-bila masa akan tewas
Lowery merupakan pesakit kanser berumur 5 tahun yang dijangkiti dengan penyakit neuroblastoma pada tahun 2013.
Keluarga beliau cuba untuk mendapatkan rawatan di Amerika Syarikat dan kutipan derma telah dilakukan secara besar-besaran di England.
Namun begitu, ibunya Gemma telah memberitahu kepada media yang anaknya tidak mampu sembuh dari masalah kanser ini dan “akan tewas pada bila-bila masa sahaja.”
Sebanyak £700 ribu telah berjaya dikutip. Dan £200 ribu daripadanya adalah dari kelab Everton.
Diraikan di Goodison Park
Lowery bagaimana pun diraikan dengan penuh gembira di laman Everton – Goodison Park.
Dalam perlawanan menentang Manchester City itu, Lowery telah dipilih menjadi maskot pasukan Everton dengan mengiringi penyerang Belgium – Romelu Lukaku.
Sebelum perlawanan, Lowery telah bermain bola di padang serta menjaringkan gol. Beliau kemudiannya memperoleh tepukan gemuruh dari penyokong di stadium.
Penyokon Manchester City juga ada membawa kain rentang untuk Lowery dengan mesej berbunyi: “Kanser tidak mengenal warna, satu-satunya Bardley Lowery.”
https://twitter.com/MCFClnfo/status/820601599538163712
Kekalahan paling teruk
Selain kemunculan Lowery, keputusan di Goodison Park juga mencuri tumpuan semua peminat bola sepak sebelum perlawanan diantara Manchester United dan Liverpool berlangsung.
Jika sebelum ini Manchester City tewas 4-2 di tangan Leicester City. Kali ini mereka bolos 4 gol sekali lagi ditangan Everton – kali ini tanpa balas.
Walaupun hanya menguasai hanya 29% penguasaan bola. Namun Everton berjaya menterjemahkan kesemua 4 percubaan tepat ke arah pintu gol dengan jaringan.
Romelu Lukaku meletakkan Everton di depan pada minit ke-34 sebelum Kevin Mirallas menjaringkan gol kedua tuan rumah 2 minit selepas separuh masa kedua berlangsung.
Tom Davies terus menambah garam di luka Manchester City apabila menjaringkan gol ketiga pasukan pada minit ke-79.
Dan penampilan pertama yang indah buat pemain terbaharu Everton, Ademola Lookman apabila beliau melengkapkan hari gemilang Everton dengan menjaringkan gol ke-4 pada masa kecederaan separuh masa kedua.
Pengurus Everton, Ronald Koeman memuji persembahan pasukannya dengan mengatakan pasukannya beraksi dengan cukup sempurna.
Sementara Pep Guardiola pula berkata pasukannya mencipta banyak peluang namun dipersiakan. Berbeza dengan Everton yang menggunakan setiap peluang yang mereka dapat.
Everton kini ditangga ke-7 dengan 33 mata sementara Manchester City ditangga ke-5 dengan 42 mata.
Baca juga: Pemain Juventus & Torino Bersatu, Bantu Gelandangan Di Jalanan Turin