Highlight: Kane Cipta Rekod Baharu Tottenham, Belasah Everton 4-0

Harry Kane kini adalah penjaring terbanyak sepanjang zaman Tottenham Hotspur di era Liga Perdana Inggeris (EPL), selepas menjaringkan dua gol untuk membantu pasukannya menewaskan Everton 4-0.

Kane menjaringkan dua gol dari jarak dekat pada separuh masa kedua perlawanan untuk memastikan tiga mata penuh buat Spurs dan menjadikan jumlah jaringan peribadi di saingan liga kepada 98 gol daripada 135 penampilan bersama kelab London tersebut.

Jumlah jaringan tersebut sekaligus membantu Kane memintas jumlah jaringan sebelum ini yang dicipta oleh Teddy Sheringham. Bekas penyerang Manchester United itu menjaringkan 97 gol ketika bersama Spurs, namun memerlukan 236 perlawanan untuk mencapai angka tersebut.

Konsistensi jaringan oleh penyerang antarabangsa England ini membuatkan beliau berada di landasan tepat untuk meraih anugerah kasut emas buat musim ketiga berturut-turut.

Terlebih dahulu Wayne Rooney berasa sedikit kecewa apabila tandukan bekas kapten England itu dibatalkan akibat berada di posisi offsaid.

Penyerang Korea Selatan, Son Heung-Min membuka tirai jaringan buat Spurs di Wembley apabila berjaya menyempurnakan hantaran lintang Serge Aurier pada minit ke-26 perlawanan.

Selepas dua gol Harry Kane, Christian Eriksen bijak menyempurnakan hantaran ke belakang Dele Alli pada minit ke-81 untuk melengkapkan kemenangan bergaya 4-0 Tottenham ke atas Everton.

Dua gol oleh Harry Kane dalam perlawanan ini juga bermakna Kane telah menjaringkan 20 gol keseluruhan, mengatasi Mohamed Salah dengan 17 jaringan.

Secara keseluruhan, Harry Kane telah menjaringkan 28 gol di dalam 28 perlawanan melewati semua pertandingan pada musim ini.

Kemenangan ini turut menyaksikan Tottenham kekal tanpa kekalahan dalam 6 perlawanan terakhir, namum kekal berada di tangga ke-5 EPL.

Bagaimanapun Tottenham berjaya mengumpul jumlah mata yang sama dengan Liverpool dan berada 18 mata di belakang pendahulu Manchester City, yang akan berentap sesama sendiri pada malam ini.

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN