Highlight: Real Madrid Terus Ratapi Prestasi Buruk, Tewas Di Bernabeu

Kemerosotan prestasi Real Madrid kini berterusan selepas gol minit akhir oleh Pablo Fornals memberikan kemenangan 1-0 ke pada Villarreal terhadap skuad kendalian Zinedine Zidane tersebut.

Lebih mengecewakan penyokong Los Blancos, mereka menyaksikan pasukan mereka tewas di halaman keramat mereka, Estadio Santiago Bernabeu di Madrid.

Apa sudah jadi dengan 12 kali juara eropah ini?

Juara bertahan La Liga ini kini telah tewas dalam 2 perlawanan berturut-turut di halaman sendiri, dan gagal mencatat sebarang kemenangan dalam 3 perlawanan liga.

Bagi Villarreal, ini adalah kemenangan pertama mereka di Bernabeu. Setelah terpaksa mengharungi cuaca sejuk sepanjang 90 minit perlawanan, penyokong tuan rumah jelas tidak berpuas hati dengan kekalahan ini dengan bersiul sebagai reaksi bantahan.

Real bermula dengan agak baik pada babak pertama perlawanan, namun tidak efektif pada babak kedua perlawanan. Tidak seperti pasukan lain yang gemar bertahan ketika berkunjung ke Bernabeu, Villareal mengaplikasikan formula tersendiri untuk mereka kejutan.

13th January 2018, Santiago Bernabeu, Madrid, Spain; La Liga football, Real Madrid versus Villarreal; Cristiano Ronaldo (Real Madrid) drives forward on the ball (Photo by Shot for Press/Action Plus via Getty Images)

The Yellow Submarines melakukan penguasaan bola yang menarik di bahagian tengah, dan kerap melakukan serangan balas pantas ketika berpeluang melakukannya. Ia jelas taktikal yang membuahkan hasil buat mereka.

Tiada banyak perubahan di dalam kesebelasan utama Real, kecuali Nacho yang diberikan peranan menggantikan Sergio Ramos yang mengalami kecederaan.

Real mengawal perlawanan pada babak pertama, tetapi gagal melakukan hantaran maut yang mampu menghasilkan jaringan. Ini menyebabkan Marcelo bertindak sendiri dengan melakukan satu rembatan kaki kiri deras, memaksa Asenjo melakukan aksi menyelamatkan gawang.

Cristiano Ronaldo turut mempunyai beberapa peluang keemasan untuk menjaringkan gol, namun gagal menyempurnakan peluang terhidang, termasuk setelah menerima hantaran cantik daripada Luka Modric.

Minit akhir babak pertama, Asenjo turut menyelamatkan percubaan daripada Ronaldo selepas satu gerakan menarik daripada Real Madrid.

Babak kedua perlawanan, ia jelas semakin sukar untuk Real melakukan sesuatu terhadap Villareal. Ini menyebabkan Zidane mengeluarkan Gareth Bale dan Isco, dan memasukkan Lucas Vazquez dan juga Asensio, dalam usaha Real memecah kebuntuan.

Jika pada musim-musim sebelum ini penyokong Real Madrid sentiasa percayakan jaringan kemenangan minit akhir dalam perlawanan yang sukar sebegini.

Kali ini, sebaliknya yang berlaku apabila giliran Real Madrid berputih mata, selepas salah satu serangan balas pantas oleh Villarreal berjaya menghasilkan gol pada babak akhir perlawanan melalui Pablo Fornals.

Real Madrid: Keylor; Carvajal, Varane, Nacho, Marcelo; Kroos, Casemiro, Modric; Bale (Asensio, min. 70), Isco (Lucas Vazquez, min. 70), Ronaldo

Villarreal: Asenjo; Mario, Bonera, Alvaro, Jaume Costa; Rodri, Samu Castillejo (Rukavina, min. 83), Trigueros, Fornals; Raba (Cheryshev, min. 46), Bacca (Enes Unal, min. 76).

Real Madrid vs Villarreal 0-1 ● All Goals & Highlights HD ● 13 Jan 2018 ● La Liga from Ahmad Muzammil on Vimeo.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN