8 Orang Pemain Bola Sepak Yang Dilahirkan Dalam Keluarga Yang Kaya

Apabila berbicara mengenai kerjaya sebagai pemain bola sepak profesional, umum mengetahui bahawa ia adalah kerjaya yang dapat membawa seseorang untuk keluar daripada belenggu kemiskinan dan mengejar impian fairy tales mereka.

Tidak perlu diperkenalkan lagi pemain-pemain hebat yang pernah melalui zaman-zaman sukar sewaktu kecil. Semua orang menyukai kisah-kisah sebegitu.

Walaubagaimanapun, tidak semua pemain bola sepak terkenal pernah melalui “skrip kehidupan yang sama.”

Ada yang dilahirkan sebagai anak orang kaya, golongan bangsawan malah jutawan juga! Rasa teruja bila melihat mereka bermain bukan kerana wang, tetapi kerana minat yang amat mendalam terhadap bola sepak.

Penulis tampilkan 8 orang pemain “anak orang kaya” yang menjadi pilihan.

1) Mario Gotze

pemain bola sepak

Pemain berusia 25 tahun ini bermula seawal usia 8 tahun pada tahun 2001 dengan menyertai skuad belia Borussia Dortmund.

Dikatakan bahawa dia terpilih ke akademi Dortmund itu dek kerana pengaruh dan wang bapanya, Prof. Dr. Jurgen Gotze, yang bertugas di Dortmund University of Technology.

Namun itu tidak bermakna bahawa Mario Gotze kurang berbakat dan ia dibuktikan melalui persembahan cemerlangnya sepanjang bermain untuk Dortmund, Bayern dan Die Mannschaft.

2) Robin Van Persie

Pemain yang terkenal dengan jolokan The Flying Dutchman dan pernah melukakan hati peminat-peminat The Gunners selepas menandatangani kontrak bersama The Red Devils.

Merupakan seorang budak nakal sewaktu bersekolah dan kerap menimbulkan masalah, kesan daripada perceraian kedua ibu-bapanya.

Bapanya seorang tukang ukir terkenal di Belanda manakala ibunya pula seorang pereka. Hampir menukar minat kepada seni halus kerana dijaga oleh bapanya selepas perceraian.

3) Kaka

Kisah Kaka agak unik kerana beliau berasal dari Brazil, negara pengeluar pemain-pemain bola sepak yang amat terkenal dengan kisah-kisah klasik pemain yang masa kecil mereka adalah sangat miskin dan mula bermain bola sepak di jalanan kota-kota atau kampung-kampung di sana.

Beliau tidak perlu memilih di antara bola sepak atau akademik sewaktu kecil kerana segala keperluannya telah disediakan oleh bapanya, Bosco Izecson Pereira Leite, seorang jurutera dan juga ibunya, Simone dos Santos, seorang guru.

4) Gerard Pique

Kehidupan Pique amat sempurna. Bermain untuk Barcelona dan pasangannya ialah bintang pop terkenal, Shakira. Bukan sahaja sekarang, malah hidupnya sebaik sahaja dilahirkan juga tidak pernah mengenal erti kepayahan.

Masakan tidak, bapanya Joan ialah seorang peguam dan ahli perniagaan yang sangat berjaya manakala ibunya, Montserrat pula ialah pengarah di sebuah hospital yang mengkhususkan kepada tulang belakang yang sangat terkenal di Barcelona.

Datuknya, Amador Bernabeu pula merupakan bekas pengarah di Barcelona FC.

5) Hugo Lloris

Antara penjaga gol terbaik di Eropah buat masa kini. Beliau dilahirkan di dalam sebuah keluarga atasan di Nice, Perancis.

Bapanya ialah seorang pegawai bank manakala ibunya pula merupakan seorang peguam. Cinta pertama beliau ialah sukan tenis dan pernah menjadi antara pemain terbaik di bawah peringkat umur di Perancis.

Hanya sewaktu berusia 13 tahun minatnya bertukar kepada bola sepak. Satu pilihan yang bijak.

6) Frank Lampard

Lampard ialah seorang lagi pemain yang bukan dilahirkan di dalam keluarga miskin.

Beliau sendiri berasal dari keluarga bola sepak. Bapanya, Frank Lampard Sr. merupakan bekas pemain West Ham.

Bapa saudaranya ialah Harry Redknapp. Sepupunya ialah Jamie Redknapp. Sewaktu kecil, beliau bersekolah di Brentwood School, sebuah sekolah elit dan keputusan akademiknya juga dikatakan agak cemerlang.

7) Andrea Pirlo

Kemahiran dan bakat maestro Itali ini tidak perlu diceritakan lagi. Setelah puas bergesel bahu di pentas Eropah, beliau berhijrah ke negara Uncle Sam pula.

Namun, faktor yang mendorong beliau ke sana bukanlah untuk meneruskan pencarian mata pendapatan, tetapi kerana minatnya yang mendalam terhadap bola sepak.

Itulah motivasi tertingginya. Bagi beliau, wang bukanlah masalah kerana bapanya merupakan pemilik sebuah kilang keluli di Brescia dan Pirlo sendiri turut mempunyai saham di dalamnya.

8) Gianluca Vialli

Penyerang lagenda Chelsea yang pernah bertindak sebagai pengurus-pemain di Stamford Bridge. Anak orang kaya yang menjadi pilihan penulis untuk berada dalam senarai teratas.

Ya, beliau ialah anak seorang industrialis bertaraf jutawan yang telah dilahirkan di dalam sebuah istana 60 bilik yang diberi nama Castello di Belgioioso di Cremona bersama-sama empat orang lagi adik beradiknya.

Dalam satu wawancara bersama Independent, beliau telah mendedahkan bahawa status “anak orang kaya” nya itu telah memberikan masalah sewaktu di awal karier bersama Cremonese, kelab divisyen ketiga wilayah di Itali.

Pemain-pemain lain sering mengejeknya sebagai “anak manja” namun beliau berjaya juga menutup mulut-mulut mereka dengan persembahan cemerlang dan juga komitmen tinggi yang ditunjukkannya.

Nota editor: Artikel ini merupakan hasil kiriman pembaca kami yang bernama Faiq Hamidi. Jika anda mahu tulisan anda dibaca oleh jutaan rakyat Malaysia, hantar artikel 300 patah perkataan anda dalam format MS Word ke [email protected] .

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN