Kane Kecewa Beberapa Rakan Tinggalkan Spurs Kerana Duit

Harry Kane kecewa dengan beberapa pemain yang mementingkan duit berbanding karier. Keane seakan-akan menyindir Kyle Walker yang berhijrah ke Manchester City.

Kane memberitahu ESPN yang beliau bukan pemain bola sepak yang terlalu mementingkan duit. Kane mendapat banyak tawaran dari kelab besar yang lain namun memilih untuk kekal di Spurs.

Ini kerana Kane gembira dengan jasa kelab tersebut terutama sekali Mauricio Pochettino yang membangunkan beliau menjadi antara penyerang sensasi di EPL. Dalam 2 musim terakhir Kane menjadi penjaring prolifik di EPL.

Bercakap kepada wartawan di Orlando, sempena jelajah pra-musim, Kane memberitahu beliau mahu bersama-sama kelab Spurs mencapai cita-cita bersama-sama. Kane berkata:

“Tidak semua pemain bola sepak yang terlalu memikirkan duit. Saya salah seorang pemain yang tidak terlalu memikirkan soal duit. Namun saya setuju, tidak ramai yang seperti itu.”

“Pemain pergi ke kelab baru atas pelbagai alasan. Sedangkan pada pandangan saya, kami antara kelab terbaik di England dan Eropah. Saya teruja untuk bersama-sama kelab ini untuk masa-masa yang mendatang.”

Ditanya wartawan, siapakan idola beliau. Kane menjawab:

“Tom Brady adalah inspirasi saya, sampaikan saya namakan anjing saya Brady. Seekor lagi bernama Wilson, itu nama yang diberikan oleh tunang saya.”

Tom Brady adalah ‘quarter back’ untuk New England Patriots yang bermain dalam NFL. Kane sememangnya seorang peminat NFL.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN