K.P Boateng Berjanji Akan Memakai Baju Nouri Di Dalam Jersi Beliau

Kevin-Prince Boateng berjanji akan memakai jersi Abdelhak Nouri di dalam jersi beliau (under shirt) untuk sepanjang musim hadapan.

Ianya sebagai tanda sokongan kepada pemain muda Ajax yang menderita kerosakan kekal pada bahagian otak.

Ianya selepas pemain berusia 20 tahun tersebut tersungkur pada minit ke-72 ketika perlawanan pra musim beberapa minggu lalu menentang Werder Bremen.

(Photo by VI Images via Getty Images

Pemain muda berbakat ini terpaksa melupakan karier bola sepak beliau pada usia cukup muda. Musim lalu, Abdelhak Nouri dinobatkan sebagai pemain terbaik pasukan muda Ajax.

Beliau menjadi pemain muda yang sangat popular di kalangan peminat Ajax kerana bakat dan kualiti beliau. Mereka menanti Nouri untuk menyambung legasi bintang-bintang bola sepak Ajax yang lain.

Malang yang menimpa Nouri ini membuatkan peminat bola sepak di seluruh dunia bersimpati. Bintang bola sepak, Kevin-Prince Boateng turut terkesan dengan kejadian ini. Dalam satu status beliau di twitter, Kevin-Prince Boateng berkata:

“Saya membuat keputusan untuk memakai jersi beliau di dalam jersi saya untuk sepanjang musim! Ianya tanda sokongan dan doa saya kepada kamu Abdelhak Nouri.”

Kevin-Prince Boateng adalah pemain tengah di kelab Las Palmas.

Sikap Boateng ini menyentuh hati ramai peminat bola sepak di seluruh dunia terutama sekali penyokong Ajax.

Mereka tidak sangka pemain itu akan melakukan perkara signifikan ini tanda sokongan beliau ke atas Abdelhak Nouri.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN