Walaupun baru berusia 18 tahun, Mason Greenwood telah pun memberikan impak yang cukup besar buat Manchester United pada musim ini dan dilihat mempunyai masa depan yang cerah untuk menjadi bintang di Old Trafford satu hari nanti.
Minggu lepas ketika perlawanan menentang Tottenham Hotspur, beliau yang dimasukkan pada separuh masa kedua bersama Paul Pogba telah memainkan peranan dalam mengubah corak permainan United sehingga berjaya mendapatkan gol penyamaan.
Tetapi apa yang menarik mengenai pemain ini adalah kemampuan untuk menggunakan kedua-dua belah kakinya untuk mengambil sepakan atau membuat percubaan.
https://twitter.com/Cinkiewicz7/status/1205243600445067264?s=20
Penolong jurulatih skuad bawah 23 tahun (B-23) United Quinton Fortune dalam satu temubual oleh MUFC Podcast mendedahkan, beliau sangat kagum dengan pencapaian Greenwood sehingga timbul persoalan ‘apa dah jadi dengan kamu?’
“Tak banyak pemain dalam dunia bola sepak sekalipun pemain berkelas dunia yang boleh menggunakan kedua-dua belah kaki dengan baik seperti mana Mason mampu lakukan. Kiri dan kanan, sama sahaja, memang gila,” kata bekas pemain Afrika Selatan itu.
“Masa mula-mula saya mengenalinya, saya fikirkan dia adalah pemain kaki kiri dan tiba-tiba saya terlihat dalam satu perlawanan dia mengambil sepakan penalti dengan kaki kanan! Selepas itu saya lihat pula dia mengambil sepakan percuma dengan kaki kiri, sepakan penjuru kaki kanan.
“Saya dah macam, apa kena dengan kamu ni? Pilih satu sahajalah!”
https://twitter.com/NotoriousManc/status/1161136797457494017?s=20
Pemain remaja kelahiran Bradford itu telah menjaringkan beberapa gol penting termasuk gol penyamaan ketika berdepan Everton dan gol kemenangan sewaktu menentang Astana di Liga Europa.
“Pernah satu masa saya sedang berjalan di bangunan Kompleks Latihan Aon dan ada satu bilik komputer yang sedang membuat analisa permainan pasukan.
“Saya terlihat ada nama Mason di sana, kami melihat cara permainannya dan mendapati dia boleh berpotensi untuk beraksi dengan jauh lebih baik lagi kerana kebolehannya adalah semula jadi. Dia adalah seorang penjaring gol yang luar biasa, bukan biasa-biasa.”
Apabila ditanya mengenai kelemahan anak didiknya itu, Fortune sukar untuk menyatakannya beliau tidak mampu untuk menyatakannya kerana baginya Greenwood adalah pemain yang ‘ada segalanya’.
Solskjaer on Mason Greenwood:
— United 4Fans (@United4fans) December 13, 2019
"He's different class as a finisher, if there's anything around the box you expect him to get a shot off and on target, he's good at creating space for himself and right foot, left foot it doesn't matter. I'm very pleased with his performance”#mufc pic.twitter.com/HLy1qtY3vP
“Saya sebagai bekas pemain pertahanan, agak sukar sebenarnya apabila berdepan dengan pemain seperti itu. Dia boleh ke kanan, boleh ke kiri, kita tak boleh nak agak, pemain sepertinya memang cukup sempurna.”
Dalam musim pertamanya di bawah kendalian Ole Gunnar Solskjaer, Greenwood telah beraksi 37 perlawanan dalam semua pertandingan dan menjaringkan 12 gol serta menyumbang empat bantuan jaringan.
Kredit Foto: Getty Images