EPL 2019/20: Hatrik Anthony Martial Bikin Sheffield United ‘Terpaku’

Anthony Martial

Anthony Martial nyata menjadi topik utama ketika Manchester United melakarkan kemenangan 3-0 ke atas Sheffield United dalam aksi ke-31 saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) 2019/20, sebentar tadi.

Hal ini kerana beliau dengan tenang berjaya meledakkan hatrik pada perlawanan yang berlangsung di Old Trafford itu.

Lebih menarik, Robin Van Persie merupakan pemain Manchester United yang terakhir meledakkan hatrik dalam saingan liga, anda boleh bayangkan betapa lamanya [tujuh tahun] penyokong United perlu menanti saat ini kembali.

Berdepan lawan yang turut mengintai peluang ke saingan Liga Juara-Juara Eropah musim hadapan, Ole Gunnar Solskjaer melakukan tiga perubahan dengan meletakkan Paul Pogba, Nemanja Matic dan Mason Greenwood di kesebelasan utama.

Manakala, Sheffield United pula turun tanpa penjaga gol utama, Dean Henderson berikutan beliau adalah pemain yang dipinjamkan dari Manchester United.

United tidak perlu menunggu lama untuk membuka tirai jaringan apabila Anthony Martial bijak menyambar bola hasil hantaran lintang dilakukan Marcus Rashford di sebelah kiri pintu gol lawan seawal minit ketujuh perlawanan.

Lebih menguasai permainan, Manchester United mempunyai peluang untuk menjadikan kedudukan 2-0 pada minit ke-18 tetapi sepakan percuma yang diambil Bruno Fernandes ditepis keluar penjaga gol, Simon Moore.

Ketika aksi separuh masa pertama semakin hampir untuk ditamatkan, Anthony Martial menambah jaringan kedua selepas beliau menolak masuk bola pada minit ke-44 setelah menerima hantaran daripada Aaron Wan-Bissaka. Situasi yang hampir serupa dengan gol pertama dihasilkannya.

Pemain berusia 24 tahun itu melengkapkan hatriknya pada minit ke-74 setelah menerima lorongan cantik dari Rashford dan beliau tidak melepaskan peluang terhidang bagi menjadikan kedudukan 3-0.

Kemenangan itu menyaksikan The Red Devils kini hanya ketinggalan dua mata di belakang Chelsea [kurang satu perlawanan] yang menduduki tempat keempat. Sementara itu, Sheffield United pula terus kekal di tangga kelapan dengan 44 mata.

Kredit featured image: Ian MacNicol/Getty Images

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN